Setiap orang memerlukan satu tabung untuk menyimpan duit tidak kisah tabung yang bagaimana pun. Contoh, ada orang yang suka menabung dalam tabung yang pelbagai bentuk dan tidak boleh dikeluarkan kecuali perlu pecahkan atau buka menggunakan alat pembuka tin. Sesetengah orang suka menabung di dalam bank simpanan seperti tabung haji.

Dalam masa kita menabung, pasti kita akan berbelanja juga kan. Kalau sehari kita menabung RM3, setahun kita boleh kumpul RM1095. Banyakkan bukan. Itu jika kita menabung RM3 sehari. Cuba kita bayangkan kita menabung lebih dari itu. Kita boleh beranakkan duit tabungan kita dengan lebih banyak.

Tetapi bagaimana?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips-tips untuk beranakkan duit tabungan. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

Tips untuk beranakkan duit tabungan

tips beranakkan tabungan
Imej via goodtoknow,co

1. Jika dulu setiap malam makan luar, sekarang cuba kita masak sendiri kat rumah. Lagi berkhasiat dan dijamin kebersihan.

2. Jika dulu setiap minggu keluar tengok wayang, sekarang cuba pilih wayang menarik je. Ini filem hantu pun kau nak tengok. Kau tengok duit kau dalam bank tinggal berapa sen pun dah seram.

3. Jika dulu selalu beli baju seluar berjenama, sekarang cuba beli yang harga murah. Yang berkualiti tak semestinya mahal.

4. Jika dulu pergi kedai 100 meter dari rumah pun naik kereta, apa kata jalan kaki je. Lagi sihat sejahtera.

5. Jika dulu setiap petang keluar meronda jalan-jalan tak ada tujuan, sekarang cuba buat aktiviti kat rumah. Bercucuk tanam, sapu sampah ataupun membaca buku ilmiah.

6. Jika dulu lampu bilik, dalam stor, dapur tak ada orang pun dibiarkan berpasang, sekarang cuba padamkan lampu kalau takda orang.

7. Jika dulu paip air rosak dan banyak air menitik pun kau tak hiraukan, sekarang cuba kau baikinya. Jangan biarkan terus menitik.

*Jika kita dapatkan kurangkan perbelanjaan seharian kita dan tingkatkan duit menabung, Insyaallah duit tabungan kita akan cepat beranak. Duit tabung sehari daripada RM3 boleh menjadi RM5 sehari, setahun boleh dapat RM1,825. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.