Ekonomi negara ada masa turun dan naiknya. Ketika ekonomi negara dalam keadaan stabil, waktu ini adalah yang paling sesuai untuk membeli rumah dan melabur untuk meningkatkan pendapatan sendiri. Ketika itu juga, banyak kerja-kerja kosong yang boleh dimohon.

Tetapi, bagaimana pula jika ekonomi negara menurun dan tidak stabil? Adakah kita boleh atau digalakkan membeli rumah ketika negara mengalami krisis?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips membeli rumah ketika ekonomi negara tidak stabil. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

beli rumah ketika ekonomi gawat
Imej via Afyan.com

Tips membeli rumah ketika eknomi tidak stabil

1. Elakkan beli rumah dalam pembinaan, di bimbangi rumah tak siap. Krisis 1997-98 ada lebih 500 pemaju yang bankrupt. Krisis kali ini lebih luar biasa sebenarnya. (Mohon maaf sahabat ejen REN sekalian).

2. Belilah dari pasaran subsale. Rumah dah siap dan boleh duduk terus selepas urusan selesai.

3. Cuba cari hartanah bawah harga pasaran antara 20-30% jika dapat. Jika nilai turun lagi setidaknya kita selamat.

4. Maksimumkan tempoh pembiayaan dan pembiayaan bank. Ini bertujuan agar bayaran bulanan kita rendah setiap bulan dan kita tak rasa terbeban bayar hutang rumah.

5. Pilih bank yang bagi value tinggi. Semak dengan beberapa bank, berapa nilai hartanah yang kita nak beli. Makin tinggi nilai bank itu bagi, disitu kita buat pembiayaan.Jika nilai tinggi, sikit duit kita kena keluarkan waktu membeli.

6. Beli rumah yang ada potensi pelaburan, jika kita kena pindah atau dibuang kerja. Kita boleh jual pada nilai yang lebih baik.

7. Beli rumah yang bayaran bulanan lebih rendah dari sewa. Jika kawasan itu sewa RM1200 sebulan. Beli rumah yang bayar ansuran bank hanya RM1000 sebulan. Ada caranya.

8. Mana ada rumah macam tu? Cari di website hartanah dan berkawanlah dengan semua ejen hartanah. Mereka ada banyak senarai ‘rahsia’ penjual terdesak rumah. Ejen saya pernah tawarkan rumah 40% dibawah harga pasaran.

9. Beli bila bersedia, jika kerja belum stabil dan gaji masih kecil. Tak salah menyewa, biar lambat asal selamat. Jangan terburu beli dan terlelong nanti.

10. Jangan ada impian tunggu dan lihat saja, beli rumah harus bermula dengan menabung. Jika tabungan tak ada dan ada orang ajar beli rumah tanpa modal. Bersedialah untuk hidup merana.

*Berikut adalah 10 tips jika ingin membeli rumah ketika ekonomi negara tidak stabil. Ikuti tips ini sebelum membeli rumah, Insyaallah tiada masalah yang akan berlaku. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.