Setiap orang mempunyai rumah impian tersendiri. Rumah yang selesa didiami oleh keluarga dan diri sendiri. Antara contoh rumah yang ada di Malaysia adalah rumah teres, rumah flat, rumah banglo dan lain-lain lagi. Juga, ada yang mempunyai tanah sendiri, oleh itu, mereka boleh membuat rekaan rumah sendiri.
Membeli rumah bagus untuk diri kita kerana ia adalah aset tetap dan harga aset tersebut tidak akan turun. Jadi, ia adalah salah satu tindakan yang bagus untuk kita. Tetapi yang tidak bagus adalah kita membeli rumah tidak padan dengan gaji sendiri.
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips beli rumah mengikut bajet dan gaji sendiri. Info ini dikongsikan oleh Encik Harith Faisal. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai hartanah secara santai. Selain itu, beliau juga selalu memberi motivasi mengenai kewangan untuk anak-anak muda di laman Facebooknya. Tips yang diberikan juga sangat mudah untuk difahami.
1. Nak ada simpanan RM40K untuk buat modal beli rumah RM300K. Simpan RM500 sebulan. Nak cukupkan RM40K, ambil masa 80 bulan, lebih daripada 6 tahun. Sebab kita rasa jauh sangat 6 tahun tu, kita pun tak mula-mula menyimpan.
2. Rendahkan sikit bajet rumah yang nak dibeli tu. Contohnya RM150K. Kena ada RM20K sebagai modal untuk beli. Simpan RM500 sebulan, dalam masa lebih kurang 3 tahun dah cukup modal tu. 3 tahun okaylah juga. Tak lama macam 6 tahun tu.
3. Nak beli rumah idaman terus sebagai rumah pertama. Landed, dua tingkat harga sampai RM500K. Tapi gaji ciput RM3,000 saja. Boleh berimpian. Pastikan impian tu boleh dicapai. Mulakan langkah dengan beli rumah kecil-kecil bawah RM200K.
4. Ada sebab kenapa saya galakkan anak muda beli rumah kecil-kecil sebelum beli rumah impian. Dengan rumah kecil tu, anda akan dapat positive cashflow dari sewaan setiap bulan. Anda dapat pengalaman berkomitmen dengan bank pada skala kecil.
5. Yang paling best, bila dah ada rumah kecil ni, anda tak berapa kisah dengan kenaikan harga rumah. Sebabnya rumah kecil anda pun naik harganya. Selepas 5-10 tahun guna duit penyewa untuk bayar hutang bank, boleh jual dah rumah-rumah tu.
6. Katakan ada 4 rumah kecil. Jual 2 buah untuk dapatkan tunai, tinggalkan 2 buah untuk dapat cashflow positif setiap bulan. Tunai yang anda dapat boleh jadi modal untuk beli rumah idaman. Gaji masa tu pun bukan RM3000 lagi. Mesti dah naik, kan.
*Nasihat yang diberikan oleh pakar amat bagus dan logik. Bermula dengan membeli rumah kecil-kecillan dahulu, kemudian setelah itu baru boleh beli rumah impian. Sebagai orang muda kita perlu menambung dari sekarang untuk masa depan kita. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.