Bila bercerita tentang kos sara hidup yang meningkat, pasti ramai yang mengeluh. Namun tidak ramai yang memikirkan bagaimana untuk mengurangkan kesan akibat kenaikan kos sara hidup tersebut.
Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh digunakan untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup.
Dalam keadaan sekarang, penting untuk merancang perjalanan dan melihat kos yang bakal dikeluarkan. Carilah alternatif yang boleh mengurangkan beban diri.
Ketika membeli barangan keperluan harian senaraikan barangan yang ingin dibeli terlebih dulu supaya tidak terlalu boros ketika berbelanja. Membawa wang mengikut anggaran senarai barang yang ditetapkan supaya tidak membeli barang yang ‘pelik-pelik’ dan kemudian tidak digunakan.
Menerusi cara pengurusan wang yang baik dan bijak pasti dapat membantu meringankan beban.
Kerajaan sering mengadakan kempen menggalakkan rakyat berkongsi kereta untuk mengurangkan jumlah kenderaan dan menjimatkan masa di jalan raya. Ini khususnya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.
Malah kini, terdapat aplikasi telefon pintar khusus untuk berkongsi kereta. Ia memudahkan anda untuk mencari pemandu dan juga penumpang yang ingin berkongsi kenderaan untuk menuju ke destinasi yang sama.
Kad kredit dapat membantu anda menjimatkan perbelanjaan. Namun penggunaan kad kredit memerlukan tahap disiplin yang tinggi. Kad kredit mempunyai kebaikan dan keburukan, terpulang kepada cara anda menggunakannya.
Anda boleh melayari pelbagai laman sesawang kewangan yang memudahkan anda untuk membandingkan kadar caj dan manfaat kad kredit tersebut.
Cuba cari kad kredit yang menawarkan rebat tunai atau cashback. Ada yang memberi 5% rebat tunai. Contohnya jika anda berbelanja RM100, anda akan mendapat rebat RM5 pada penghujung bulan.
Ada juga yang menawarkan mata ganjaran apabila berbelanja. Apabila sudah cukup banyak, mata ganjaran boleh ditebus untuk mendapatkan pelbagai jenis hadiah daripada pihak pengeluar kad.
Namun anda perlu memastikan bahawa anda membayar sepenuhnya apabila menerima penyata bulanan kad kredit anda. Jangan biarkan kredit anda tertunggak kerana anda akan dikenakan kadar faedah yang tinggi.
Di negara-negara maju seperti Jepun, Korea Selatan atau Amerika Syarikat, istilah lunch atau makan tengah hari sangat asing bagi mereka. Sedangkan kita setiap hari berbelanja sehingga RM10 – RM15 waktu makan tengah hari untuk sepinggan nasi dan lauk serta segelas air.
Kita boleh menjimatkan belanja jika membawa bekal dari rumah.
Cuba cari menu sarapan atau makan tengah hari yang ringkas, yang boleh siap dalam masa 10 minit sahaja. Dengan memasak sendiri sebelum ke tempat kerja, anda boleh mendapat manfaat lain seperti:
Anda boleh menjimatkan perbelanjaan apabila membeli semasa jualan murah atau jualan gudang. Boleh menikmati diskaun ketika pihak penjual membuat promosi jualan murah atau jualan penghabisan stok.
Sebagai contoh, pada musim perayaan seperti Hari Raya – ada pasar raya yang membuat promosi besar-besaran. Begitu juga jualan gudang yang diadakan pada setiap akhir tahun. Jualan ini boleh membantu anda menjimatkan perbelanjaan menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.Sekiranya anda dapat mengamalkan panduan di atas, sedikit-sebanyak ia dapat melegakan kos sara hidup yang semakin meningkat.