Mencari idea tempat romantik di Kuala Lumpur untuk diraikan bersama insan tersayang?

Tidak salah untuk menghargai insan tersayang sesekali. Tentunya makanan enak dan lazat di samping suasana yang mewah serta santai itu adalah satu penghargaan mahupun untuk diri sendiri ataupun insan-insan istimewa di dalam hidup seseorang individu.

Apalah sangat pengorbanan yang telah diberi mereka kepada kita. Sesekali tidak salah untuk merasa kan? Khas untuk lelaki, inilah tempat anda boleh menggembirakan hati si dia.

Tidak ada salahnya pun kerana setiap individu itu berhak dan kebiasaannya ini adalah sinonim dengan restoran dengan kelas terbaik. Makanan enak, servis bagus. Betul tak? Di sini disenaraikan 5 restoran dengan suasana romantik terbaik di Kuala Lumpur yang popular! Tetapi anda jangan risau, proses tempahan ianya mudah sahaja dan tidaklah bermakna harapan untuk makan di sini sukar.

JIka belum ada idea lagi, simpan dahulu khusus untuk panduan dan juga kegunaan masa akan datang anda.

#1 – Cantaloupe at Troika Sky Dining

Imej via Timeout

Ini adalah tempat yang berada dalam carta kami. Cantaloupe at Troika Sky Dining menjanjikan suasana elegan. Terletak di Tingkat 23, The Troika, ianya dibina dengan tingkap yang mempunyai fitur “floor-to-ceiling angled glass”.

Menajdikan menarik adalah disebabkan ianya begitu dekat dengan KLCC. Jelas kelihatan Menara Berkembar Petronas dan Taman KLCC dari restoran ini. Bayangkan bagaimana suasana restoran ini ketika disimbahi cahaya kota pada waktu malam. Tentu indah pemandangannya kan?

Cantaloupe at Troika Sky Dining menawarkan hidangan Perancis, Itali, Greek dan Sepanyol. Hidangan yang sering menjadi sambutan atau pilihan utama pengunjung ketika berada di Cantaloupe at Troika Sky Dining adalah Truffled Poached Egg, Lamb Tartare, Roast Wagyu Sirloin served with Potatoes, Crunchy Brussels Sprouts dan Sweet Glazed Carrots.

#2 – Nobu KL

Imej via TableApp

Satu lagi pilihan di dalam kawasan yang berhampiran adalah Nobu KL. Terkenal dengan resipi Asia-Amerika Selatan serta suasana romantik yang diiringi pemandangan bandaraya Kuala Lumpur. Terletak satu tingkat di bawah Marini’s on 57, Menara Petronas 3 dengan panorama bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas. 

Hidangan menarik di Nobu KL adalah seperti Lobster Quinoa Ceviche, Lobster Salad with Spicy Lemon Dressing, King Crab with Creamy Jalapeno, sushi, sashimi dan juga tempura. Untuk lebih eksklusif anda boleh mencuba menu Omakase yang disediakan sendiri oleh Ketua Chef Nobu KL iaitu Chef Matsuhisa. Dengar sahaja semua menu ini pasti membuat anda terliur bukan. Dahlah suasana cantik, makanan pula terlebih best.

#3 – Tamarind Springs Kuala Lumpur

Imej via Facebook

Tempat ini bagi kami agak unik. Suasana hutan yang jarang dijumpai di Kuala Lumpur. Warna-warna lampu yang malap menambahkan lagi sausana romantik tersebut. Siapa sangka? Terdapat sebuah restoran mewah yang dekat dengan alam di dalam hutan simpan semulajadi Ampang?

Cukup eksklusif. Jalan masuk ke Tamarind Springs Kuala Lumpur dilengkapi dengan cahaya lilin yang menjadi pembahagi di antara ruang makan berhawa dingin dengan taman tropika. sambil masuk bolehlah berpegangang tangan dengan si dia.

Sesiapa sahaja yang mengunjungi Tamarind Springs Kuala Lumpur berpeluang untuk menikmati persekitaran yang disulam dengan alunan muzik instrumental yang pasti menenangkan setiap jiwa yang berada di sana.

Menikmati hidangan klasik Indochina dengan campuran rasa Lao, Vietnam dan Khmer seperti Khmer Krom Stir-Fried Crab, Stir-Fried Beef, Deep-Fried Sea Perch with Spicy Tamarind Sauce, Sweet and Sour Asian Salad dan juga Asparagus and Crab Meat Soup dengan hiasan dalaman restoran yang dilengkapi dengan perabot Bali yang selesa dan juga patung batu pastinya akan memberikan rasa yang berbeza dari kebiasaan.

Oh ya, anda boleh minta mereka untuk menghias meja dengan meletak kelopak bunga. Pasti si dia teruja apabila dilayan begitu istimewa sekali. Lebih-lebih lagi jika anda memilih sudut restoran yang nampak lebih privasi dan cantik.

#4 – Thirty8 Restaurant

Imej via TableApp

Nak suasana tempat tinggi yang lagi best? Kali ini megamabran Menara Kuala Lumpur pula.

Thirty8 Restaurant ni adalah merupakan restoran yang terletak di Tingkat 38, Grand Hyatt Hotel Kuala Lumpur. Digembar-gemburkan sebagai salah satu restoran terbaik di Kuala Lumpur yang menawarkan hidangan pelbagai seperti menu klasik Cina, Jepun dan juga menu barat yang enak.

Berkonsep elegan dan sentiasa menjadi tumpuan peminat makanan tidak kira sama ada penduduk tempatan mahupun luar bandar. Restoran ini dikelilingi dengan tingkap yang luas yang menawarkan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang menakjubkan!

#5 – Maison Francaise Kuala Lumpur

Imej via TripAdvisor

Terletak di sebuah bangunan bergaya Eropah yang indah, ianya mempunyai ruang makan luar di tepi kolam renang yang dilengkapi dengan pohon-pohon kayu, lampu dan juga beranda di tingkat atas restoran ini. 

Bahagian dalaman monokromatik dilengkapi dengan candelier kristal yang elegan, lukisan seniman Perancis dan tingkap besar berhadapan dengan Menara Berkembar Petronas. 

Hidangan popular Maison Francaise Kuala Lumpur adalah Roasted Lamb Loin with Dijon Mustard, Bread Crumbs and Parsley, Soft Ravioli Stuffed with Buttery-Tasting Lobster dan Spinach in Creamy Bouillabaisse Sauce.

Hidangan Ekslusif Yang Terbaik Dengan FoodPanda

Oh ya, tidak semestinya anda perlu ke sana. Bila-bila anda teringin, anda boleh memesan hidangan mewah seumpama ini secara atas talian. Salah satu penyedia perkhidmatan food delivery yang popular adalah FoodPanda. 

Jika anda berada di sekitar bandar Kuala Lumpur dan teringin nak menikmati hidangan mewah serta lazat, anda masih boleh menikmatinya dengan perkhidmatan Foodpanda. Apa yang perlu dibuat hanyalah mencari restaurants near me.dari website Foodpanda dan bolehlah membuat pesanan mengikut citarasa masing-masing. 

Tidak perlu bersusah-susah untuk ke sana ke mari. Tunggu sahaja penghantaran di hadapan muka pintu. Anda juga boleh membuat kejutan istimewa dengan adanya perkhidmatan seperti ini. 

Bila difikirkan, dengan menggunakan perkhidmatan Foodpanda ini seolah-olah ada chef dan penghantar peribadi yang sentiasa sedia untuk berkhidmat.

Penulis: admin

Avatar

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.