Setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya satu aset tetap dalam kehidupan kita. Selalu aset tetap yang setiap orang perlu ada adalah rumah. Rumah adalah satu aset tetap di mana harga rumah akan sentiasa naik dan tidak akan turun. Ia tidak sama seperti harga kereta, telefon bimbit, bas, lori yang harganya akan turun.

Jadi, memiliki sebuah rumah adalah satu keperluan asas dalam kehidupan. Rumah juga penting untuk kita berteduh daripada panas dan hujan. Kita tidak perlu memiliki rumah agam yang besar, luas dan mewah, cukup sekadar dapat rumah yang baik dari segi struktur yang kukuh dan tahan panas dan hujan.

Membeli rumah ikutlah kemampuan diri sendiri, bukannya mengikut nafsu. Sekarang kerajaan juga banyak menawarkan rumah yang berharga serendah RM130,000 untuk rakyat yang bergaji rendah dan tidak berkemampuan untuk membeli rumah yang mahal. Bagi, orang yang bergaji rendah, mereka boleh membeli rumah tersebut.

Sebelum kita membuat keputusan untuk membeli rumah, ada tanda-tanda positif yang menunjukkan kita sudah bersedia untuk membeli rumah. Apakah tanda-tanda berikut?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 tanda positif bahawa kita bersedia untuk membeli rumah. Info ini dikongsikan oleh Encik Harith Faisal. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai hartanah secara santai. Selain itu, beliau juga selalu memberi motivasi mengenai kewangan untuk anak-anak muda di laman Facebooknya. Tips yang diberikan juga sangat mudah untuk difahami.

Imej via majalahlabur

10 Tanda kita bersedia membeli rumah

1. Dah ada modal paling kurang 10% daripada harga rumah yang nak dibeli.

2. Mula baca buku dan join seminar hartanah dan kewangan. Seminar free pun ada.

3. Hari-hari buka app atau website Mudah tengok rumah yang available.

4. Selalu masuk Google Map street view sebab nak survey lokasi yang best.

5. Dah berlatih buat simpanan bulanan sama dengan bakal ansuran rumah.

6. Follow ramai ejen hartanah dan pakar hartanah di media sosial.

7. Mula aware dengan kewujudan rumah-rumah sepanjang jalan ke ofis.

8. Daftar eCCRIS supaya senang monitor payment hutang dengan bank.

9. Mula paksa diri berjimat. Bawa bekal ke ofis, hujung minggu tak buang duit.

10. Otak kau jadi ligat nak buat side income. Selagi boleh buat duit, kau layan.

*Jika anda ada tanda-tanda seperti di atas, maka anda sudah bersedia untuk membeli rumah. Ia menunjukkan anda sudah membuat persediaan lengkap dan bersedia jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini. Tetapi, jika anda rasa duit simpanan belum cukup untuk membeli rumah, jadi jangan beli terlebih dahulu. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.