Hutang, hutang, hutang. Mungkin kita berhutang tidak banyak hanya RM2o, RM30 sahaja. Tetapi jika kita campurkan ke semua hutang-hutang kita, baru kita nampak betapa banyak hutang kita. Jadi untuk membayar hutang-hutang kita itu, kita terpaksa menggunakan duit gaji untuk membayarnya.

Tidak merasa kita untuk menggunakan duit gaji yang kita dapat tiap-tiap bulan kerana asyik membayar hutang. Perkara ini jika dilakukan setiap bulan, ia akan terjadi satu habit dan kita tidak rasa risau. Sebenarnya ini adalah salah satu risiko untuk kita menghadapi krisis kewangan.

Tanpa kita sedar, kita telah menghadapi masalah kewangan dalam kehidupan kita. Ketahui tanda-tanda masalah kewangan.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 tanda kita mengalami krisis kewangan. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

Image via Halalmoney

10 Tanda krisis kewangan

1. Kau selalu meminjam wang daripada rakan-rakan dan ahli keluarga.

2. Sering gaduh pasal wang dengan pasangan.

3. Tiada wang simpanan atau tabung kecemasan 6 bulan gaji.

4. Selalu keluarkan duit simpanan dalam ASB atau Tabung Haji. Dah keluar tak boleh nak simpan balik.

5. Kerap dihubungi pihak pemungut hutang. Dapat surat amaran bank sebab lewat bayar hutang tu menjadi perkara biasa.

6. Tidak sabar menunggu gaji. Jika gaji lambat masuk mula gelabah.

7. Tidak mampu membayar kos penyelenggaraan kereta dan cukai jalan kereta secara teratur.

8. Hutang kad kredit semakin bertambah.

9. Bayaran balik hutang kad kredit paling minimum. Ada duit lebih bayar, kalau tak, tak bayar.

10. Terlalu banyak buat hutang peribadi dengan pelbagai bank.

*Tanda-tanda ini adalah bermakna kita telah mengalami krisi kewangan  tanpa kita sedar. Jika masih tinggal dengan ibu bapa, mereka mungkin boleh tolong tetapi sebagai anak, kita yang perlu ringankan beban mereka bukan sebaliknya. Jadi, fikir-fikirkan lah. Jika kita ada tanda-tanda seperti di atas, cepat-cepat kita perbetulkan semula pengurusan wang kita dan mula membuat simpanan.

Insyaallah, semua akan baik-baik sahaja. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.