Tahukah anda, cara kita mengawal wang kita mempunyai tahap-tahapnya yang tersendiri. Bukan mudah untuk mengawal kewangan sendiri, lebih-lebih lagi orang yang boros dan suka menghabiskan duitnya kepada benda-benda yang tidak berfaedah.

Kawanlan wang mempunyai 3 tahap iaitu easy, medium dan hard. Bagaimanakah untuk kita tahu tahap kawalan wang kita di tahap mana?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 3 tahap kepakaran dalam mengawal kewangan. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

Tahap-tahap kawalan wang

tahap kawal wang
Imej via Facebook

Tahap Mudah

Dapat duit dan hasilkan duit adalah level semua orang boleh lakukan. Buat kerja dapat duit, malas tak dapat duit.

Tahap Sederhana

Menyimpan duit. Hanya beberapa orang sahaja yang mampu menyimpan duit yang dapat dan belanja secara bijak.

Tahap Susah

Duit menghasilkan duit. Hanya boleh dilakukan segelintir orang sahaja. Mereka ini beranggapan duit yang ditabung hanya ditelan oleh inflasi sahaja.

*Berikut adalah tahap-tahap kawalan wang yang dikatakan oleh pakar-pakar dalam bab kewangan ini. Anda lihat semula cara anda mengawal kewangan anda, adakah di tahap mudah, tahap sederhana atau susah. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.