Sempena tahun baru ini, semestinya kita mahu membuang tabiat buruk yang boleh mengakibatkan duit kita cepat habis. Tabiat-tabiat buruk ini boleh mengakibatkan duit kita cepat habis dan tidak tahu hilang ke mana. Tanpa kita sedar, duit yang kita belanjakan itu bukanlah mengikut keperluan tetapi kemahuan.
Apabila gaji masuk, duit gaji yang kita dapat itu akan kita gunakan untuk membeli barang yang sudah lama kita inginkan atau makan di tempat-tempat yang mewah. Mungkin kita fikir, ia adalah ‘reward’ untuk diri sendiri kerana sudah bekerja keras tetapi ada masa duit gaji habis dibelanjakan.
Ia adalah tabiat buruk yang perlu kita buang dan jangan ulanginya lagi. Selain itu, ada juga tabiat buruk yang perlu kita elak. Apakah tabiat buruk itu?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 44 tabiat buruk yang perlu kita elak daripada duit kita habis. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.
1.Belanja kurang dari pendapatan
2. Cari cara buat duit lebih
3. Ubah gaya hidup
4. Rancang kewangan anda
5. Mulakan menabung duit hijau @ oren
6. Potong kad kredit jadi dua
7. Kurang cakap dihandphone.
8. Cari hobi yang tambah pendapatan
9.Hadiahkan diri dengan simpanan
10. Tahan nafsu hingga promosi baru beli
11.Jangan beli kerana “Diskaun Akhir Tahun”
12. Ciptakan rasa seronok bila tiada hutang.
13. Kurangkan takaful kenderaan ikut harga semasa.
14. Nikmati hiburan percuma
15. Kekal prestasi cemerlang
16. Sibukkan diri agar tidak ke shopping mall selalu.
17. Jangan riadah di Pavillion atau Mall saja.
18. Berhenti merokok dan vape.
19.Diet dan jaga pemakanan, makan untuk sihat bukan jadi bulat
20. Makanan bukan untuk dicuba cuba.
21.Jangan berlumba tukar sofa dengan jiran tetangga.
22. Takaful jangan lebih 5%-10% pendapatan
23. Sediakan dana kecemasan dan pelaburan
24. Jangan mudah putus asa dalam menyimpan.
25. Jangan salahkan menteri bila kita susah.
26. Barang terpakai bukan dosa.
27. Beli Baju diMyidin pun kacak juga
28. Beli secara tunai
29. Jangan jadi hamba faredadee
30. Jangan jadi hamba Honda city
31. Guna moto itu ranggi dan bergaya
32. Jangan berhutang kerana layak pinjaman
33. Berhenti layan Maharaja Lawak Mega. Ia bukan percuma
34. Lupakan impian tambah Nelopah atau Mira, jaga isteri yang ada.
35. Kereta kecil tetap bergaya
36. Azam beli rumah bukan tambah orang rumah.
37. Lupakan sportrim dan spoiler kereta.
38. Mesyuarat keluarga tentang belanja
39. Kurangkan tengok drama orang kaya kaya
40. Didik nafsu.
41. Harga kereta adalah setahun gaji kita.
42. Jangan terlalu banyak beli emas sehingga lemas.
43. Simpanan kecemasan adalah 3 bulan gaji kita, lebih banyak lebih bagus.
44. Jadi diri kita, jangan sebok nak jadi Patah Amin atau Nelofafa.
*Jika ada salah satu atau lebih tabiat buruk di atas yang ada dalam diri anda, cepat-cepat buang tabiat buruk tersebut. Ia mungkin susah untuk membuang tabiat buruk itu, tetapi usaha tangga kejayaan. Apa yang penting, setiap kali dapat gaji, asingkan 20% daripada gaji masuk ke dalam tabung haji sebagi duit simpanan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.