Jika seseorang pelajar ataupun murid tidak dapat hadir ke sekolah disebabkan oleh sebab tertentu, pelajar berkenaan perlulah menulis surat rasmi.

Ia untuk memberitahu pihak sekolah bahawa tidak dapat hadir ke sekolah.

surat rasmi

Imej via Pixabay

Surat rasmi permohonan cuti sekolah ini penting dalam memastikan rekod berhenti sekolah pelajar bersih dan baik. Ia bagus kerana mengelakkan rekod kesalahan ponteng sekolah dicatatkan dalam rekod pelajar.

Oleh yang demikian amatlah penting untuk menghantar surat tidak hadir ke sekolah kepada guru kelas atau pengetua/guru besar sekolah.

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah

Surat tidak hadir ke sekolah ditulis dengan format surat kiriman rasmi. Ini kerana urusan menghantar surat kepada guru kelas adalah dikira sebagai urusan rasmi.

Contoh Surat Rasmi Daripada Pelajar Sendiri

Alamat

______________________________________________________________________

Guru Kelas Tingkatan ,

Nama Sekolah ,

Alamat penuh                                                                           Tarikh

 

Tuan,

TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH DISEBABKAN SAKIT

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, saya (NAMA PELAJAR) pelajar (TINGKATAN DAN NAMA KELAS) tidak dapat hadir ke sekolah pada (TARIKH) disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan.

02. Pada pagi (TARIKH) saya mengalami sakit perut yang tidak membolehkan untuk saya bergerak ke sekolah.

03.Sepanjang saya tidak hadir ke sekolah ini, saya akan menyiapkan segala kerja sekolah yang diberi.

04.Saya berharap pihak tuan dapat mengizinkan dan meluluskan permohonan saya tidak dapat hadir ke sekolah.

Sekian, Terima Kasih.

Tanda tangan

____________

( Muhammad Ariff Khuzaimi)

Contoh Surat Daripada Waris Pelajar

NAMA WARIS DAN ALAMAT

Tuan,

GURU TINGKATAN

NAMA SEKOLAH DAN ALAMAT                                TARIKH

TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Merujuk kepada perkara di atas, saya adalah waris kepada (NAMA PELAJAR). Untuk makluman pihak tuan, anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada (TARIKH) bersamaan hari (HARI) kerana demam.

02. Oleh yang demikian, saya memohon maaf di atas ketidakhadiran anak saya ke sekolah. Anak saya akan hadir ke sekolah seperti biasa apabila pulih daripada demam nanti.

03. Sekiranya pihak tuan ada sebarang kemusykilan di atas ketidakhadiran anak saya, pihak sekolah boleh hubungi saya di talian …………… untuk mendapatkan kepastian.

04. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amat saya hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

…………………….

(NAMA WARIS)

Contoh

NAMA PELAJAR

ALAMAT

Tarikh: ______/_____/______

PENGETUA (NAMA SEKOLAH)

SURAT RASMI TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN ANAK KE SEKOLAH

 Adalah saya merujuk perkara di atas.

02. Saya _____________________ ibu/bapa/penjaga kepada pelajar bernama ________________ dari kelas __________________ ingin memberikan sebab anak/jagaan saya tidak hadir ke sekolah pada tarikh _____________.

03. Anak / jagaan saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh tersebut kerana perlu menghadiri majlis perkahwinan bersama keluarga.

04.Sehubungan dengan itu, saya memohon agar anak saya tidak dikategorikan sebagai melakukan kesalahan ponteng sekolah pada tarikh tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………….

(NAMA WARIS                   )

 

Contoh

NAMA PELAJAR

ALAMAT

Tarikh: ______/_____/______

PENGETUA (NAMA SEKOLAH)

 

SURAT RASMI TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN ANAK KE SEKOLAH

 Adalah saya merujuk perkara di atas.

02. Saya _____________________ waris kepada pelajar bernama ________________ dari kelas __________________ ingin menyatakan anak saya tidak dapat hadir ke sekolah selama _________ hari mulai __________ hingga ________ 2018.

03.Ketidakhadirannya adalah disebabkan __________________________. Saya berjanji bahawa anak saya akan kembali ke sekolah pada ______ 2018.

04.Adalah diharapkan pihak tuan dapat menyimpan segala nota dan lembaran kerja bagi pihak saya.

05.Pertimbangan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan penghargaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………….

(NAMA WARIS                   )

 

Semoga dengan contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah ini dapat membantu anda untuk menulis surat sendiri tanpa perlukan bantuan orang lain.

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.