Ramai pencari kerja sekarang kurang menitikberat cara menulis surat permohonan kerja yang betul.
Mencari pekerjaan adalah satu perkara yang akan dilalui oleh hampir setiap orang pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Seringkali ini berlaku tatkala kita baru selesai pengajian dan tidak mempunyai pengalaman dalam mencari perkerjaan.
Antara cara-cara untuk mencari pekerjaan adalah dengan melihat iklan di akhbar atau dengan melayari laman-laman pekerjaan seperti jobstreet.com, jobsDB.com dan sebagainya.
Namun ramai pencari kerja tidak tahu cara sebenar untuk membuat surat permohonan kerja. Ada yang menghantar resume tanpa surat. Malah ada yang hanya tulis surat ringkas untuk memohon kerja.
Dalam mencari pekerjaan, perkara yang pertama yang memberikan bakal majikan gambaran yang positif atau sebaliknya mengenai kita adalah melalui surat permohonan kerja dan resume. Sebaiknya surat pemohonan kerja ini disesuaikan dengan jawatan dan syarikat yang dipohon.
Ini dapat meningkatkan lagi peluang anda untuk disenaraikan antara mereka yang dipanggil untuk temu ramah. Elakkan dari menghantar surat permohonan kerja dan resume yang umum dan menghantar surat permohonan jawatan dan resume yang sama bagi semua jawatan.
Surat permohonan kerja adalah peluang anda “memasarkan” diri anda kepada majikan. Pastikan anda tekankan kemahiran dan sikap anda yang kritikal bagi jawatan yang dipohon.
Contohnya apabila memohon bagi jawatan pegawai pemasaran, anda boleh menekankan bahawa anda adalah seorang yang ceria, peramah dan senang berinteraksi dengan pelbagai pihak. Anda juga memiliki lesen motor / kereta yang memudahkan anda keluar bertemu dengan pelanggan.
Apabila memohon jawatan sebagai pegawai akaun pula, anda perlu tekankan sikap anda yang teliti, selesa bekerja dengan angka dan boleh bekerja secara berdikari.
Jika memohon pekerjaan sebagai guru tadika pula, tekankan bahawa anda adalah seorang yang senang berinteraksi dengan kanak-kanak. Anda juga perlu penyayang, penyabar dan suka memperkenalkan perkara-perkara baru kepada kanak-kanak.
Sepertimana anda tahu, surat permohonan kerja perlu dilampirkan bersama resume. Ini untuk menunjukkan diri anda seorang yang profesional dalam memohon jawatan kosong. Surat permohonan boleh ditulis dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris mengikut kesesuaian jawatan yang dipilih.
Berikut adalah cara membuat surat permohonan kerja kosong dengan mudah dan terbaik.
Nama dan alamat pemohon yang lengkap
_____________________________________________
Alamat syarikat jawatan dipohon yang lengkap.
Tarikh
Tuan/Puan,
PERMOHONAN JAWATAN KOSONG SEBAGAI ………………
Merujuk perkara di atas, saya nama pemohon (No. Kad Pengenalan) dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai (jawatan yang diiklankan) di organisasi tuan.
02.Untuk makluman anda, saya sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai (jawatan sekarang atau pengalaman kerja yang sama) di sebuah (nyatakan tempat kerja terdahulu). Saya juga mempunyai pengalaman dan kemahiran yang luas dalam bidang (bidang bersesuaian).
03.Saya yakin dengan kelayakan saya ini dapat memenuhi syarat-syarat dan kehendak jawatan yang sedia ada. Menjadi hasrat saya untuk bekerja dengan organisasi tuan yang mempunyai reputasi cemerlang dalam pentadbiran dan servis.
04.Untuk memudahkan pihak tuan/puan, saya juga menyertakan resume serta lampiran sijil-sijil yang disahkan untuk rujukan tuan/puan. Saya amat berbesar hati agar tuan/puan menghubungi saya di talian xxxxxx untuk tindakan lanjut.
Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Segala kerjasama daripada tuan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
………………………………
(Nama Pemohon)
No. Kad Pengenalan
Nama syarikat dan alamat tempat jawatan dipohon dengan lengkap.
Tarikh
Tuan/Puan,
PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI (JAWATAN YANG DIPOHON)
Perkara di atas dirujuk. Saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai (jawatan yang dipohon) di organisasi tuan/puan.
02. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya merupakan pemegang Ijazah dalam bidang (nyatakan) daripada (Universiti/kolej). Saya telah menamatkan pelajaran saya pada bulan Julai 2018.
03.Buat masa ini, saya menggalas jawatan sebagai (jawatan dan tempat kerja sekarang), sebuah syarikat swasta yang berkecimpung dalam bidang pembuatan dan juga hartanah. Jawatan yang saya sandang sekarang adalah merupakan jawatan sementara dan saya kini dalam usaha untuk memohon jawatan secara tetap.
Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihaktuan. Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar
………………………….
NAMA PEMOHON
Berikut dikongsikan adalah contoh surat mohon kerja dalam bahasa Inggeris sebagai panduan buat anda terutamanya para graduan.
Nama Pemohon dan Alamat Lengkap
_____________________________________________
Nama dan Alamat Syarikat Yang Dipohon
Date
APPLICATION FOR THE POST OF LECTURER
I am writing this cover letter to apply the post for lecturer in Computer Science. I consider that my resume and interests matches with your requirement. I would like to draw your attention to several features of my professional experience.
I have a Bachelor in Computer Sciences from Universiti Utara Malaysia (UUM). I am available to begin next semester and I believe I am the one who has the skill set and the experience you have been looking for.
I am very interested in winning this job and will be happy to speak with you in person if you’d like to get together to discuss the duties. If you’re available to get together, please call me any time at 0xx-xxx xxxx. I’ll be glad to work my schedule to suit yours. Thank you for your time and attention.
Sincerely Yours,
……………………
[Your Name]
Semoga perkongsian Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong ini menjadi panduan dan rujukan untuk semua.