Perihal simpan duit merupakan perkara yang penting. Sebab rupanya masih ramai lagi yang tidak tahu cara yang sangat mudah simpan duit ASB melalui akaun Maybank kita!
Jadi di bawah kami tunjukkan langkah-langkah yang sangat senang untuk menyimpan duit ke tabung ASB melalui akaun Maybank2u.
Semoga perkongsian ini dapat bermanfaat buat anda semua. Jom simpan duit ASB bermula hari ini kerana jalan sebenar kekayaan bermula dengan menjadikan ASB itu sebagai 1 simpanan yang bijak!
Sebelum kita mula menyimpan duit ke tabung ASB melalui Maybank, anda perlu set kan akaun ASB sebagai favourite terlebih dahulu, ikuti step di bawah ini :
1. Login Maybank2u seperti biasa,
2. Click “investment”,
3. Click “ASNB Unit Trust”,
4. Click “Add” untuk daftar akaun ASNB,
5. Pilih “Amanah Saham Bumiputera”,
6. Click di kotak kecil di bawah untuk akaun pengesahan,
7. Click “Next”,
8. Isikan :
a. Nombor Ahli ASB,
b. Jenis ID,
c. Nombor ID,
d. Nama Ahli,
9. Kalau sudah siap isi. Click “Continue”,
10. Check details anda, dan masukkan nombor TAC,
11. Click “Confirm”,
12. Siap! Simpan data pengesahan itu,
Jika sudah siap set akaun ASB anda jadi favourite, jom kita mulakan tutorial menyimpan duit ASB melalui Maybank2u. Sila pergi ke gambar seterusnya.
1. Click “Investment”
2. Click “ASNB Unit Trust”
3. Click “ASNB Payment”. Pastikan akaun ASB yang didaftarkan berstatus “active”
4. Pilih akaun pemegang unit ASB (pastikan ada nama anda) dan click “Continue
5. Tick pada kotak kecil “Declaration”,
6. Click “Continue”
7. Letakkan jumlah berapa yang anda nak menyimpan. Contoh : RM100,
8. Click “Continue”
Dah sampai ke step penghujung.
9. Double check maklumat anda, jika betul click “Confirm”
Wahh Syukur Alhamdulillah finally siap. Bila keluar “Successful” itu bermaksud anda telah BERJAYA membuat simpanan ke tabung akaun ASB anda!
Mudah kan? Segalanya di hujung jari.