Sempadan kecekapan, satu istilah yang diterjemah secara lansung daripada istilah bahasa Inggeris, “efficient frontier”, merupakan satu set portfolio optimum yang menawarkan pulangan jangkaan yang paling tinggi bagi tahap risiko yang ditetapkan atau risiko terendah untuk tahap pulangan jangkaan yang diberikan.

Portfolio-portfolio yang berada di bawah “efficient frontier” merupakan sub-optimum kerana ianya tidak memberikan pulangan yang cukup bagi tahap risiko. Sementara itu, portfolio-portfolio yang berada di sebelah kanan “efficient frontier” pula adalah sub-optimum kerana ianya mempunyai tahap risiko yang lebih tinggi bagi kadar pulangan yang ditetapkan.

Bagi memberikan penjelasan yang lebih mendalam, “efficient frontier” menaksir portfolio-portfolio (pelaburan) pada skala pulangan (paksi-y) berbanding risiko (paksi-x). Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun atau “Compund Annual Growth Rate (CAGR)” bagi sesebuah pelaburan biasanyan digunakan sebagai komponen pulangan, sementara sisihan piawai tahunan (annualized standard deviation) menggambarkan metrik risiko. Teori “efficient frontier” telah diperkenalkan oleh pemenang anugerah Nobel, Harry Markowitz pada tahun 1952 dan merupakan asas kepada teori portfolio moden (modern portfolio theory / MPT).

Selain daripada itu, “efficient frontier” secara grafik menunjukkan portfolio yang memaksimumkan pulangan untuk risiko yang diandaikan. Pulangan-pulangan adalah bergantung kepada gabungan pelaburan yang membentuk portfolio tersebut. Sisihan piawai sesebuah sekuriti adalah sama dengan risiko.

Secara teorinya, para pelabur berusaha untuk mengisi portfolio dengan sekuriti yang menawarkan pulangan yang luar biasa, tetapi sisihan piawai gabungannya lebih rendah berbanding sisihan piawai sekuriti individu. Semakin kurang selaras sekuriti (kovarians yang lebih rendah), semakin rendah sisihan piawai. Sekiranya gabungan pengoptimum pulangan berbanding paradigma risiko ini berjaya, maka portfolio tersebut perlu sejajar dengan garisan “efficient frontier”.

Tujuan utama konsep ini adalah manfaat kepelbagaian yang terhasil daripada kelengkungan “efficient frontier”. Kelengkungan adalah penting dalam mendedahkan bagaimana kepelbagaian meningkatkan profil risiko atau ganjaran portfolio. Ia juga mendedahkan bahawa terdapat pengurangan pulangan marginal kepada risiko.

Selain itu, hubungan antara pemboleh ubah adalah tidak lurus (non-linear). Dalam erti kata lain, menambah lebih banyak risiko ke dalam portfolio tidak akan membawa jumlah pulangan yang sama. Portfolio optimum yang mengandingi “efficient frontier” cenderung mempunyai tahap kepelbagaian yang lebih tinggi berbanding portfolio sub-optimum yang kebiasaannya mempunyai kepelbagaian yang kurang.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.