Siapa di sini pernah mengambil PTPTN? Sudah selesai membayar?

Huh, jika ada, mungkin anda perlu membaca artikel ini.

Anda perlu semak status PTPTN anda. Takut juga anda telah berada dalam senarai hitam PTPTN blacklist tanpa sedar walaupun anda selama ini telah pun membayarnya.

Semak ptptn

Bahaya jika anda berada dalam senari hitam PTPTN ini. Anda kemungkinan sukar untuk mengambil pinjaman di amsa hadapan. Hal ini kerana ianya memberi kesan kepada CCRIS anda.

Selain itu, ianya juga dapat menghalang anda daripada keluar daripada negeri.Janganlah kerana ini anda tidak dapat pergi ke luar negara.

 

Apakah Sebab Peminjam PTPTN Disenarai Hitam?

Terdapat kriteria utama yang membolehkan seseorang peminjam PTPTN disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Senarai hitam ataupun di blacklist oleh PTPTN dikenakan kepada mana-mana peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman.

Maksudnya di sini, selagi anda membayar pinjaman anda secara berkala dan konsisten, bagi kami anda tidak mempunyai masalah untuk ke luar negara.

 

Bagaimanakah Menyemak Status Senarai Hitam

Percutian sudah lama dirancang. Anda sudah berangan-angan duduk di tepi pantai dan di atas pulau. Tapi, tiba-tiba sahaja anda tidak dibenarkan menaiki kapal terbang sedangkan tiket sudah lama anda beli. Harga tiket pun bukan murah.
Anda diberitahu yang anda telah disenaraihitam oleh imigresen. Jenayah apakah yang anda lakukan sehingga tidak dibenarkan ke luar negara?

Anda tidak membayar pinjaman pendidikan anda.

Ya. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) amat tegas dalam pembayaran semula pinjaman pendidikan oleh peminjam PTPTN. Malah, sejak tahun 2011 sehingga Mac 2016, seramai 827,921 rakyat Malaysia telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen.

Tindakan ini dilakukan berdasarkan senarai yang telah dikeluarkan oleh PTPTN, perintah mahkamah, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia.

Malu dan kecewa, anda pasti berharap anda mendapat maklumat tentang penyenaraian hitam itu lebih awal.
Mahu tahu cara menyemak nama anda untuk mengelakkan sekatan?

Terdapat pelbagai cara sebenarnya boleh dilakukan untuk menyemak status PTPTN anda. Secara terperincinya terdapat empat cara boleh dibuat.

Semakan senarai hitam boleh dilakukan melalui saluran berikut :

#1 Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui pautan http://sspi2.imi.gov.my

-Semakan di laman web ini agak mudah. Anda hanya perlu mengisi nombor kad pengenalan anda sahaja.

#2 Portal Rasmi PTPTN – Semakan Senarai Hitam

Putan link laman web PTPTN http://eform.ptptn.gov.my/semakan-senarai-hitam/index.cfm
-Semakan di laman web ini memerlukan tiga perkara.

-Perkara yang diperlukan adalah nombor kad pengenalan, nombor telefon dan juga email.

#3 Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.

#4 Hadir di kaunter PTPTN / JIM

Tetapi hati-hati. Terdapat masa untuk rundingan yang perlu dibuat.

Peminjam hendaklah berunding dengan PTPTN dalam tempoh 7 hari sebelum ke luar negara bagi mengelakkan sekatan di lapangan terbang atau di pintu sempadan.

 

Kesan Jika Disenarai Hitam

Peminjam yang gagal membayar tunggakan pinjaman akan disenari hitam. Kesannya, peminjam tidak akan dibenarkan memperbaharui passport dan dihalang daripada ke luar negara.

 

Bagaimana Cara Untuk Tidak Disenaraikan Hitam Lagi?

Untuk nama dikeluarkan daripada sneari hitam tidak sukar. Peminjam dikehendaki membayar keseluruhan hutang pinjaman atau keseluruhan tunggakan termasuk semua kos yang dikenakan sebelum nama mereka dikeluarkan daripada senarai hitam.

Sekiranya tidak mampu, peminjam boleh berunding dengan PTPTN dengan membuat apa-apa jumlah yang dipersetujui oleh PTPTN dan penstrukturan semula pinjaman atau kaedah lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Rundingan hendaklah dilakukan dalam tempoh 7 hari sebelum ke luar negara.

Untuk maklumat lanjut bolehla ke laman web PTPTN

Copy

Penulis: Hulya Izzuan

Merupakan penulis tetap di iLabur. Minat dengan nombor-nombor yang memberi makna di sebaliknya,Berkongsi tentang info semasa hal pengurusan kewangan diri.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.