“Fixed-income security” atau istilah bahasa Melayunya, sekuriti pendapatan tetap merupakan sebuah pelaburan yang memberikan pendapatan dalam bentuk pembayaran berkala yang tetap dan pembayaran pokok (principal) pada tempoh kematangan.

Tidak seperti sekuriti pendapatan berubah-ubah (variable-income security), di mana pembayaran berubah berdasarkan langkah asas seperti kadar faedah jangka pendek, pembayaran sekuriti pendapatan tetap diketahui terlebih dahulu dan tidak akan berubah.

Antara contoh sekuriti pendapatan tetap adalah bon kerajaan kadar tetap 5% yang mana satu pelaburan bernilai RM1,000 akan menghasilkan pembayaran tahunan sebanyak RM50 sehingga tempoh matang, waktu di mana pelabur akan menerima kembali RM1,000. Pada umumnya, aset jenis ini menawarkan pulangan pelaburan yang lebih rendah kerana aset jenis ini menjamin satu kadar tetap untuk pendapatan.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.