Bagi anda yang mempunyai anak yang bakal memasuki sekolah menengah, pastinya anda ingin mengetahui sekolah manakah yang terbaik di Malaysia. Pastinya anda ingin memberikan pelajaran yang terbaik untuk anak-anak, dan memilih sekolah terbaik adalah di antara keputusan yang paling penting. Hari ini kami akan kongsikan 10 sekolah terbaik di Malaysia berdasarkan keputusan pada tahun 2019 sebagai panduan anda.

1. Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor

Sumber: Shahrulnizam

Menduduki takhta pertama sekolah terbaik di Malaysia ialah Sekolah Tun Fatimah yang terletak di Johor Bahru, Johor. Sekolah telah dibuka secara rasmi oleh DYMM Sultanah Johor pada 25 September 1965 dan merupakan sekolah menengah puteri berasrama penuh yang kedua di Malaysia. Sejak dulu Sekolah Tun Fatimah terkenal sebagai sekolah berprestasi tinggi yang menghasilkan ramai pelajar cemerlang. Tak hairanlah ia menjadi rebutan ibu bapa.

2. Sekolah Seri Putri, Cyberjaya

Sekolah Seri Puteri asalnya dibina di Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur pada 6 Mei 1968 dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Jalan Kolam Ayer. Ia bertukar nama kepada nama Sekolah seri Putri pada tahun 1978 dan kemudiannya dipindahkan ke Cyberjaya. Sekolah ini terkenal dengan kecemerlangan akademik dan ko-kurikulumnya.

3. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya

Di tempat ketiga sekolah terbaik di Malaysia ialah Sekolah Sultan Alam Shah yang terletak di Putrajaya. Sekolah ini yang juga dikenali dengan nama SAS asalnya terletak di Jalan Yaacob Latiff, Bandar tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur namun kini telah berpindah ke premis baru seluas 35 ekar di Putrajaya pada  26 April 2003.

4. Kolej Tunku Kurhsiah (TKC), Negeri Sembilan

Kolej Tunku Kurshiah atau popular dengan gelaran TKC adalah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang pertama menempatkan pelajar perempuan Melayu di Malaysia. Pada tahun 1947, ia dibina di Damansara, Kuala Lumpur. Pada bulan April 1963, TKC telah berpindah ke kawasan seluas 22 ekar di Bukit Merbah, Seremban, Negeri Sembilan. Kolej Tunku Kurshiah adalah di antara sekolah yang menjadi idaman para pekajar di Malaysia.

5. Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Johor

Sumber: Sakti

Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI) merupakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang terletak di Kota Tinggi, Johor. Ia adalah salah satu sekolah berprestasi tinggi yang menjadi pilihan utama ibu bapa di Malaysia. Kini ia menduduki tangga kelima sekolah terbaik di Malaysia.

6. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Selangor

Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) ialah sebuah sekolah berasrama penuh di Klang, Selangor. Ia memegang status Sekolah Berprestasi Tinggi sejak tahun 2010. Sekolah ini hanya mengambil pelajar bermula daripada tingkatan empat. Ramai tokoh intelektual, tokoh politik serta alim ulama telah dilahirkan oleh KISAS.

7. Sekolah Menengah Sains Tengku Munawir, Negeri Sembilan

Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban (SASER) adalah sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang terletak di Jalan Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan. Nama lamanya ialah Sekolah Menengah Sains Seremban. Sekolah ini telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun 2011.

8. SBP Integrasi Gombak, Selangor

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak atau nama ringkasnya SBPI Gombak dan lebih dikenali sebagai INTEGOMB, merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang terletak di Batu 8, Jalan Sungai Pusu, Gombak. Sekolah ini telah mendapat pelbagai pencapaian seperti:

  • Tepmat ke-3 dalam peperiksaan SPM dalam peringkat SBP pada tahun 2009 dan 2010.
  • Johan ‘cup’ bawah-15 dalam pertandingan rugby KGV 10’s 2013.
  • Johan ‘cup’ kategori sekolah dalam pertandingan ragbi Poly 10’s 2014.
  • johan ‘cup’ kategori bawah-16 dalam pertandingan ragbi Saujana 10’s 2014.
  • Johan ‘cup’ kategori bawah-15 dan 18 dalam petandingan ragbi MSSD dan MSSS 2015.
  • Juara Bahas Piala Perdana 2009.
  • Johan ‘cup’ pertandingan Ragbi HKSBP peringkat kebangsaan.

9. SBP Integrasi Rawang, Selangor

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SBPI Rawang) atau lebih dikenali sebagai SEPINTAR adalah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang terletak di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Sekolah ini melaksanakan program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) dan menjadi pilihan ramai ibu bapa. Terdapat 19 buah kelas di SEPINTAR iaitu:

  • 4 kelas bagi pelajar tingkatan 1
  • 3 kelas bagi pelajar tingkatan 2
  • 3 kelas bagi pelajar tingkatan 3
  • 4 kelas bagi pelajar tingkatan 4
  • 5 kelas bagi pelajar tingkatan 5

10. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak

Sumber: Mcoba

Kolej Melayu Kuala Kangsar atau juga dikenali sebagai The Malay College Kuala Kangsar, MCKK, adalah sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki di Malaysia. Ia terletak di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Sekolah ini terkenal kerana telah menghasilkan ramai tokoh negara. Moto MCKK ialah Fiat Sapientia Virtus yang bermaksud Kebijaksanaan Mutu Manusia.

MCKK telah ditubuhkan pada tahun 1905 oleh pihak British atas cadangan R.J. Wilkinson yang merupakan pegawai pendidikan jajahan pada masa itu. Cadangan itu telah disokong sepenuhnya oleh Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I. Pada awal penubuhannya sekolah ini ialah untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu yang terdiri daripada kerabat diraja. Selepas kebangkitan nasionalisme orang Melayu pada tahun 1947, syarat kemasukan ke sekolah ini dilonggarkan dan semakin ramai anak orang biasa bersekolah di sini.

Kesimpulan

Itulah dia info tentang 10 sekolah terbaik di malaysia dengan sejarah dan reputasi mengagumkan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara menulis surat rasmi tidak hadir ke sekolah.

Rujukan:

1.Senarai Sekolah Terbaik SBP SPM. Permohonan

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.