Keseronokan berkahwin itu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Rasa gembira kerana telah berjaya mendirikan sebuah masjid. Begitu indah sekali ungkapan ini. Orang kata buatlah majlis meriah kerana kahwin hanya sekali. Tetapi untuk membuat sebuah majlis yang meriah dan mewah, modal yang dikeluarkan juga akan banyak.
Bagi pasangan yang sudah lama merancang semestinya sudah memiliki tempat kediaman tersendiri. Tetapi bagi pasangan yang tidak sempat untuk membeli rumah, mereka hanya mampu menyewa rumah sahaja. Mengapa berlaku sedemikian?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai sebab-sebab menyewa sewa rumah selepas bernikah. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.
1) Terlalu fokus majlis kahwin yang hanya sehari
Masalah global ini berlaku kepada semua pasangan dan ibu bapa pengantin. Tumpuan utama waktu majlis bagi nampak meriah dan hebat, sedangkan bagi kehidupan lepas majlis kenduri lebih utama.
2) Harga rumah mahal
Harga rumah yang mahal serta lokasi berbeza jadikan kita malas fikir untuk membeli rumah.
3) Habiskan duit hantaran dalam masa sehari
Setahun duit tabungan boleh dihabiskan dalam masa sehari majlis perkahwinan. Manfaatkan duit hantaran untuk beli kediaman demi masa hadapan.
4) Gaji rendah, gaya hidup tinggi
Ramai di antara kita yang lebih mengutamakan gaya hidup sebelum bernikah demi menawan hati calon. Mereka berbelanja lebih daripada kemampuan tersendiri menyebabkan hutang mereka semakin bertambah.
*Berikut adalah sebab-sebab kenapa ramai pasangan selepas berkahwin banyak menyewa sewa rumah. Kesimpulannya, duit yang dikumpul banyak dihabiskan untuk membuat majlis perkahwinan yang hanya untuk sehari dan tidak menyimpan untuk membeli rumah. Oleh itu, mereka terpaksa kumpul semua dari mula untuk membeli rumah.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.