Pernahkah anda tertanya-tanya, kenapa selepas raya pasti duit kita tinggal sikit dan terpaksa kumpul semula semua duit yang telah habis. Perkara ini selalu terjadi kepada semua orang yang menyambut raya sakan setiap tahun. Al maklum lah, raya puasakan setahun sekali, mestilah nak sambut dengan meriah.
Tetapi habit ini tidak bagus kerana ia boleh merosakkan kewangan kita dan menyebabkan kita terpaksa berjimat makan dan bukan sahaja berjimat duit. Walaupun raya lambat lagi dan tahun ni dan tahun seterusnya belum tentu dapat raya, tetapi kita perlu tahu punca kenapa duit kita selalu habis dan pokai.
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai sebab-sebab pokai selepas raya. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.
Makin awal gaji kita makin kita cenderung nak belanja dan habiskan. Amalam ini sama juga dengan penerima KWSP, 70% habiskan semua simpanan selepas 3 tahun bersara kerana mereka rasa duit banyak dan perlu dibelanjakan.
Raya ada satu aura yang buat kita rasa nak belanja apa saja yang kita tak pernah beli nak rasa. Kasut tinggi yang selama ini tak pernah cuba nak beli yang 6 inci, nak baju yang penuh labuci.
Kita rasa kerja dah lama dan ini peluang nak rewardkan diri kita dengan beli apa saja yang kita suka.
Banyak iklan berkualiti dan buat kita tak mampu tahan godaan. Musim raya sampai iklan orang suka tonton. Ingat iklan raya apa yang kita suka tonton dulu?
Sebab Hp dan jadi TV kedua kita, maka iklan berlumba lumba. Itu belum kira kawan kita punya iklan dan kita beli sebab sokongan kawan punya pasal.
Sekarang dan kurang sikit saya kira budaya ini. rupanya budaya ini seluruh dunia, bila perayaan mereka akan beli barang baru.
*Berikut adalah 6 sebab kenapa kita pokai selepas raya. Sebab-sebab ini ada pada nafsu diri masing-masing dan oleh itu menyebabkan diri berbelanja lebih daripada sepatutnya. Raya seterusnya, jika kita dapat beraya, semoga nafsu kita tidak memakan diri sendiri.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.