Tidak dinafikan, harga rumah semakin meningkat naik dari semasa ke semasa. Dan disebabkan ini,ramai graduan yang telah menjadikan ianya sebagai satu alasan bahawa mereka gagal untuk membeli rumah walaupun sebiji.

Rugi sekali jika graduan masih di bawah takuk yang sama tanpa memilih jalan terbaik supaya mereka berjaya memiliki sebuah rumah meskipun subsale.

Saya begitu tertarik dengan perkongsian daripada Tuan Harith Faisal tentang alasan sama yang acapkali diberikan oleh para graduan.

Bagi menghuraikan segala alasan ini, Tuan Hariht Faisal telah menjawab alasan ini dengan 8 sebab yang kukuh mengapa graduan kini masih tidak memiliki sebuah rumah.

Jemput hadam perkongsian daripada Tuan Harith Faisal ini. Walaupun ianya menyentapkan anda, tapi ia mungkin dapat membantu anda daripada terus mengguna pakai alasan yang sama.

Graduan tiada rumah Imej via thevocket

Berikut adalah 8 sebab mengapa graduan kini masih tidak memiliki sebuah rumah.

#1. Tiada simpanan konsisten

Tak biasa simpan duit konsisten setiap bulan. Jadi, dalam hati kau rasa tak yakin nak beli rumah. Iyalah, pembiayaan rumah RM200,000 bayaran bulanan RM1,000. Kau boleh simpan RM50 saja sebulan

#2. Tiada Modal

Bila tak menyimpan, mestilah modal pun kau takda. Bila takda modal, memang kau tak nampaklah cara untuk beli rumah tu. Paling kurang kena ada 10% daripada harga rumah. Barulah selesa nak beli rumah.

#3. Sasaran rumah baru

Nak beli rumah baru saja. Memanglah rumah baru ada yang pemaju cover macam-macam. Maksudnya kau tak perlu modal yang banyak untuk miliki rumah tu. Persoalannya, kau layak ke beli rumah memahal?

#4. Abaikan rumah terpakai

Tak pandang rumah terpakai. Kau ingat rumah terpakai semuanya buruk. Padahal kalau pandai cari, ada saja yang okay dan sesuai untuk pelaburan. Biasanya rumah terpakai ni lebih murah daripada rumah baru.

#5. Tiada strategi untuk melabur

Tak rasa perlu beli rumah. Katanya nak fleksibel. Sebab tu nak terus menyewa. Padahal kau boleh je beli rumah, duduk satu bilik, dan sewakan bilik yang lain. Untung-untung kau boleh duduk free.

#6. Tiada perancangan rapi

Nak kahwin dulu. Baguslah nak kahwin cepat. Kalau dah ada awek, dah tunang, segerakanlah bernikah. Tapi kalau dah rancang nak kahwin lagi 5 tahun, ambil kesempatan tu untuk beli rumah dulu.

#7.Pakai kereta

Nak pakai kereta sebab kalau takda kereta, awek tak pandang. Kalau kau nak cari awek, memang kau perlukan kereta. Tapi kalau kau nak cari calon isteri, cukuplah dia terima kau seadanya. Okay yang ni memang sembang.

#8. Beli kereta di bawah kemampuan.

Kalau kau gaji RM2,000. Pakai kereta harga RM2,000 x 12 = RM24,000. Kalau tak jumpa harga tu, kau tambahlah sumber pendapatan. Bukan apa, supaya kau boleh simpan duit untuk modal beli rumah nanti.

Penulis: HarithFaisal

HarithFaisal

Berkongsi tip hartanah santai terutamanya untuk 'freshgraduate', motivasi kewangan sempoi & rahsia tarik 60,000 follower dalam 12 bulan. Penulis buku Hipster Hartanah dan juga Bajet Power.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.