Beli Rumah RM300k Lebih Untung Berbanding Rumah Berharga RM700k
Harga rumah kini boleh mencapai setengah juta Ringgit Malaysia lebih-lebih lagi rumah teres dua atau tiga tingkat di kawasan perumahan baru. Jika berazam…

Ringkasan Kunci
- Membeli rumah RM300,000 lebih menguntungkan berbanding rumah RM700,000.
- Jangan habiskan semua gaji untuk bayar rumah sahaja, biar ada simpanan dan pelaburan.
- Manfaatkan baki RM400,000 untuk beli hartanah yang memberi aliran tunai dan peningkatan nilai yang baik.
- Elak beli rumah RM700,000 jika hanya bergantung 100% pada gaji tanpa pendapatan sampingan.
Harga rumah kini boleh mencapai setengah juta Ringgit Malaysia lebih-lebih lagi rumah teres dua atau tiga tingkat di kawasan perumahan baru. Jika berazam ingin membeli rumah pada usia awal 30-an, lebih baik kumpul duit dari sekarang.
Harga rumah makin lama, makin meningkat kerana ia adalah aset jangka masa panjang. Setiap orang memerlukan rumah untuk berteduh dan diduduki. Bagi sesetengah orang yang memiliki gaji yang tinggi, minimum RM5,000 sebulan, semestinya boleh membeli rumah yang berharga atas RM500,000.
Tetapi adakah ia akan menguntungkan atau merugikan kita?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai bandingan rumah berharga RM700k dan RM300k. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.
Untung atau rugi beli rumah RM700k

Imej via Facebook
Bila gaji kita besar dan layak beli rumah RM700,000. Jangan habiskan semua gaji untuk bayar rumah sahaja. Beri ruang pada gaji kita untuk ada simpanan dan pelaburan. Jika kita layak beli rumah RM700,000, cubalah cari rumah yang RM300,000 sahaja.
Manfàatkan baki RM400,000 untuk beli hartanah yang boleh dilaburkan. Beli hartanah yang beri Aliran Tunai yang baik dan Peningkatan Nilai tahunan yang baik. Dengan nilai yang sama, kita beli dua rumah yang harga RM200,000 sahaja.
Jika sesuatu berlaku, setidaknya kita ada harta yang boleh dicagarkan waktu kecemasan. Jika kita hanya ada rumah RM700,000. Bila kecemasan, apakah kita nak cagarkan kediaman yang keluarga kita tinggal? Jangan maksimumkan pembiayaan untuk rumah idaman waktu muda. Manfaatkan untuk pelaburan kawan kawan.
*Ini adalah pendapat pakar dalam membeli rumah. Ia terpulang kepada anda, jika anda mempunyai pendapatan tepi seperti berniaga online secara kecil-kecilan, anda boleh saja membeli rumah berharga RM700k. Tetapi jika anda bergantung 100% pada gaji itu sahaja sebaiknya tidak perlu.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.
Rujukan
Maklumat dalam artikel ini disediakan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pengguna digalakkan merujuk sumber asal untuk kepastian lanjut.