Bertuah rakyat negeri Johor. Terdapat tawaran untuk memiliki rumah sendiri melalui program Rumah Mampu Milik Johor.

Rumah-rumah yang di bina oleh SUKJ adalah rumah kediaman tiga bilik tidur. Ia dilengkapi kemudahan dua bilik air berkonsep mesra keluarga dan selesa dan dijual pada kadar harga yang mampu dimiliki oleh lapisan masyarakat.

rumah mampu milik johor

Imej via FB Page

Program rumah mampu milik ini sama dengan program di Selangor dan program khas untuk penjawat awam. Bagi rakyat negeri Selangor, anda boleh memohon Rumah Selangorku. Manakala bagi penjawat awam, anda boleh cuba mohon perumahan PPA1M.

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2018 kini dibuka kepada semua rakyat di negeri itu. Berikut dikongsikan maklumat cara memohon skim rumah tersebut dan syarat-syarat kelayakan.

Untuk makluman, skim ini terbuka kepada rakyat Johor atau yang telah menetap di Johor lebih dari 5 tahun dan berumur dari 18 tahun ke atas dengan pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada RM8,000.

Cara Memohon Rumah Mampu Milik Johor

rumah mampu milik johor

Berikut adalah syarat permohonan rumah mampu milik Johor, antaranya:

  1. Warganeraga Malaysia, menetap di Johor selama 5 tahun dan berumur 18 tahun ke atas
  2. Berkahwin / bujang layak memohon
  3. Pemohon / pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua PKJB
  4. Hanya satu permohonan bagi pasangan suami isteri. Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri ketika memohon
  5. Individu atau pasangan yang telah memiliki PKJ A, PKJ B, RKR, atau RKSR boleh memohon rumah kedua RMMJ
  6. Pemohon yang memiliki rumah kos sederhana / rumah mewah tidak layak memohon
  7. Hanya satu pemilikan sahaja bagi kedai kos sederhana rendah di dalam negeri Johor
  8. Tempoh sah pendaftaran adalah setahun dari tarikh pendaftaran.

Terdapat 3 jenis rumah yang ditawarkan dalam skim ini.

  • Rumah Komuniti Jenis A RM42,000
  • Rumah Kominiti Jenis B RM80,000
  • Rumah Komuniti Jenis C RM150,000 – RM220,000

Dalam satu kenyataan media, Kerajaan Negeri meletakkan komitmen tambahan 40 ribu unit RMMJ lagi menjelang tahun 2023 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 100 ribu unit.

Kerajaan Negeri juga dengan kerjasama Kumpulan Ambank Islamic Berhad telah melancarkan Skim Pembiayaan Rumah Mampu Milik Johor dengan jumlah dana mencecah RM300 juta yang menawarkan lebih kurang 4,000 pemohon bagi membantu golongan sasar untuk memiliki Rumah Mampu Milik Johor.

Baucar RM1,000 RMMJ

Baucer RMMJ

Selain itu, Kerajaan sedar dan peka terdapat kos yang terpaksa ditanggung oleh pembeli Rumah Mampu Milik Johor.

Secara purata setiap pembeli yang membeli rumah kos rendah terpaksa mengeluarkan kos sebanyak RM2,000 bagi pembayaran kos-kos seperti fi Perjanjian Jual Beli, Duti Setem, deposit air dan elektrik serta lain-lain.

Oleh yang demikian Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk memberikan baucar RM1,000 kepada pembeli bagi membantu mereka meringankan beban di dalam pembelian rumah.

Baucar ini akan diberi semasa pembeli mengambil kunci rumah yang sedia diduduki bermula 1 Januari 2015. Baucar tersebut boleh dituntut daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan).

Untuk melihat antara contoh rumah mampu milik Johor yang telah dibangunkan, sila layari portal Hartanah Johor.

portal hartanah johor

Soalan Lazim Rumah Mampu Milik Johor

Soalan  :
Segala dokumen serta slip gaji, surat pengesahan kerja yang saya serahkan kepada pihak jabatan adalah salinan asal dan saya tidak mempunyai salinan (duplicate), bolehkah saya mendapatkan semula salinan-salinan tersebut ?

Jawapan  :
Tidak. Semua dokumen yang telahpun dihantar tidak akan dipulangkan semula kepada pemohon. Ianya adalah untuk kegunaan jabatan kami sekiranya ada perkara yang berbangkit di kemudian hari.

Soalan  :
Dimana saya perlu menghantar semua dokumen yang di perlukan dan adakah surat akuan sumpah mesti dibuat dekat mahkamah?

Jawapan  :
Dokumen-dokumen sokongan dan akuan sumpah perlu dihantar ke Pej.SUK Perumahan Iskandar Puteri, UTC Galeria@Kotaraya ataupun Cawangan Pej.Perumahan di daerah-daerah. Surat akuan sumpah perlu di cop di mana-mana Pesuruhjaya Sumpah yang bertauliah ataupun mahkamah.

Soalan  :
Saya ingin memaklumkan bahawa telah berjaya membuat permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor. Akan tetapi, saya baru berkhidmat dalam organisasi saya dalam tempoh sebulan. Di mana syarat dokumen yg diperlukan adalah memerlukan salinan slip gaji 3 bulan terkini.

Bolehkah saya hanya mengemukan salinan slip gaji 1 bulan dimana saya baru berkhidmat dalam organisasi yang terkini? Mohon perhatian daripada pihak tuan

Jawapan  :
Jika tuan/puan baru berkhidmat dalam organisasi tersebut, tuan/puan perlu kemukakan surat tawaran bekerja dan slip gaji 1 bulan sahaja.Terima kasih.

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.