Pelaburan unit trust adalah satu alat pelaburan yang baik. Namun, sama seperti apa-apa peralatan yang lain ia perlu diuruskan dengan cara yang betul. Ada orang bertanya ada tak risiko pelaburan unit trust.

Semua pelaburan ada risikonya. Memandangkan pelaburan adalah cerita tentang masa depan, kita tidak dapat tahu dengan pasti adakah pelaburan unit trust itu pasti untung atau tidak.

risiko pelaburan unit trust

Imej via Pixabay

Risiko Pelaburan Unit Trust

Bagi pelaburan unit trust, terdapat beberapa risiko yang perlu dihadapi.

Risiko harga jatuh.

Risiko tiada penama

Risiko service charge

Risiko ejen atau penasihat berhenti

Risiko harga jatuh

Jika harga jatuh, pelabur akan mengalami kerugian . Jika pelabur membuat tindakan menarik diri dari pelaburan. Tetapi kerugian disini hanyalah on paper sahaja (realistic loss/return).

Anda tidak akan rugi jika anda tidak menarik diri dari melabur terlalu awal. Pelaburan unit amanah adalah pelaburan jangka sederhana dan panjang.

Over the time, anda pasti akan mendapat untung. Tetapi dengan syarat, anda harus tahu fund mana yang perform, yang mempunyai rekod yang cemerlang dari segi return (ROI).

Risiko tiada penama

Risiko jika tidak diletakkan penama bilamana jika berlaku kematian, duit-duit tersebut akan disekat buat sementara waktu. Biasa nya, pelabur akan dibertahu mengenai penama ini oleh advisor.

Dengan adanya penama ini, semua pelaburan akan mempunyai penjaga. Ini bagi memastikan duit tersebut dapat diamanahkan kepada orang-orang yang layak untuk dibahagikan. Ia mengikut instrument-instrument yang ada seperti faraid atau lain-lain.

Kalau anda simpan duit dalam bank, ada tak penama? Satu perkara yang harus kita fikirkan

Risiko sales charge

Jumlah wang yang anda labur akan berkurangan kerana ada nya sales charge. Sales charge ini berbeza-beza mengikut fund dan juga samada cash atau EPF.

Sales charge untuk pelaburan cash adalah diantara 5% – 6% mengikut fund dan sales charge untuk pelaburan EPF adalah sebanyak 3%.

Risiko agen atau advisor berhenti

Risiko disini hanyalah tidak ada khidmat nasihat dari advisor. Wang pelabur tetap selamat. Biasa nya uplink advisor yang berhenti yang akan take over. Jika pelabur mahu membuat pengeluaran, boleh berjumpa dengan uplink tersebut atau pergi direct ke agensi yang kita membuat pelaburan tersebut.

Cara Mengatasi Risiko Pelaburan Unit Trust

Diversify

Satu mekanisma bagi meminimakan risiko dan memaksimumkan keuntungan adalah diversify. Terlalu banyak para bijak pandai membicarakan mengenai diversify ini.

Salah satu yang popular adalah quote mengenai

“Dont put all of your egg in one basket”

Jangan letakkan pelaburan anda disatu tempat sahaja, sebalik nya pelbagaikan.

Pilih pelbagai fund, pelbagai institusi pelaburan (UTMC). Inilah yang dinamakan pelaburan portfolio.

Risiko boleh dikurangkan dengan kepelbagaian. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperoleh di kaunter lain. Pelabur boleh terus mengurangkan risikonya dengan melabur dalam beberapa dana dan tidak terhad kepada satu dana sahaja.

Jangka masa pelaburan

Lagi lama anda melabur, semakin selamat dan semakin untung pelaburan anda.

Compounding effect

Compouding effect ni sangat berkait rapat dengan jangka masa pelaburan. Semakin lama anda menyimpan, semakin banyak duit anda dilipatgandakan.

Fahamkan dan ambil tahu pelaburan anda

Anda tak sayang ke duit anda? Kalau anda sayang kan duit anda, anda perlu ambil tahu akan setiap tempat yang anda letakkan duit anda. Di dalam hal ini, jika anda melabur di dalam unit trust anda harus tahu apa prestasi dana-dana yang anda laburkan

Tetapkan objektif pelaburan anda

Jika tiada objektif, kecenderunagan pelaburan anda separuh jalan adalah tinggi. Tambahan pula, anda menarik diri terlalu awal, dikala pelaburan anda belum ada nampak keuntungannya. Fahami apa tujuan kita membuat pelaburan.

Tak kira apa jenis pelaburan pun, kita harus tahu apa tujuan atau objektif nya. Bila kita tahu objektif kita, maka kita akan tekad hendak membuat pelaburan dengan lebih lama tanpa mengganggu nya.

Contoh objektif yang selalu orang praktikkan adalah seperti persaraan, debt planning, child education planning, pelan mengerjakan haji dan lain-lain lagi.

Pengurusan profesional yang berterusan

Unit trust diuruskan oleh kumpulan profesional. Pengurusan dana secara teratur dan berdasarkan fakta berbanding pelabur individu yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Keputusan pelaburan yang diambil oleh pengurus dana dibuat berdasarkan penyelidikan meluas.

Serta kemahiran serta pengetahuan mereka yang mendalam didalam bidang ini.Pengawasan portfolio pelaburan dibuat secara berterusan berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.