Mata wang kripto mula diperkenalkan pada tahun 2009 dengan wujudnya mata wang kripto yang pertama iaitu Bitcoin. Kini, pasaran mata wang kripto merupakan sebuah pasaran yang sedang berkembang dengan begitu pesat sekali. Terdapat lebih daripada 1565 mata wang kripto yang wujud seperti yang direkodkan pada 10 April 2018.

Menurut Jorg Osterrieder (2017) mata wang kripto merupakan satu sistem yang tidak berpusat yang membuatkan ia berbeza dengan mata wang lain didunia ini.

Sebagai contoh, mata wang Ringgit Malaysia mempunyai satu organisasi yang menguruskan mata wang dan menjadi pusat dengan mengawal transaksi yang berlaku, mengelakkan penipuan dan meningkatkan bekalan mata wang iaitu Bank Negara Malaysia.

Apa Itu Mata Wang Kripto?

Namun, berbeza bagi mata wang kripto, kaedah kriptografi digunakan untuk menjalankan tugas-tugas tersebut.
Harga pasaran bagi mata wang kripto sangat tidak menentu turun naiknya.

Matawang kripto

Imej via dice

Disebabkan ini, melabur ke dalam mata wang kripto dikatakan lebih berisiko berbanding melabur ke dalam stok-stok yang terdapat di pasaran. Di dalam kajian ini, terdapat tiga mata wang kripto yang dikaji iaitu Ethereum, Ripple dan Monero.

Ketiga-tiga mata wang ini merupakan antara mata wang yang sedang berkembang dengan amat pesat sepanjang tahun 2017. Hal in dapat dilihat melalui permodalan pasaran bagi ketiga-tiga mata wang tersebut. Mata wang Ethereum kini berada dikedudukan yang kedua selepas Bitcoin dengan permodalan pasaran kedua terbanyak di dunia.

Bagi mata wang Ripple, permodalan pasarannya yang kini ketiga terbesar diantara semua mata wang kripto yang lain. Mata wang Monero pula kini berada di tempat ke 12 dalam kedudukan dunia.

Nilai berisiko merupakan satu kaedah untuk menilai dan mengukur risiko dengan menggunakan statistik umum dan digunakan dalam berbagai-bagai industri di seluruh dunia. Dalam bidang kewangan dan pelaburan, nilai berisiko digunakan untuk mengetahui jumlah kerugian maksimum yang mungkin berlaku di dalam suatu tempoh dan selang keyakinan tertentu.

Cara Pengiran Risiko

Linsmeir dan Pearson (2000) menakrifkan nilai berisiko sebagai kerugian yang dijangkakan akan dilebihi kebarangkalian x peratus sepanjang tempoh t hari. Nilai berisiko telah digunakan dengan secara meluas di dalam syarikat kewangan sejak tahun 1980-an.

Nilai Berisiko selalunya ditakrifkan sebagai persentil dengan menggunakan aras keyakinan tertentu Hendrick (1996). Antara tujuan nilai berisiko dipraktikkan di dalam industri kewangan adalah untuk mengetahui risiko kerugian yang bakal ditanggung.

Kini, kebanyakan syarikat lebih berminat untuk menguruskan risiko berbanding dengan memaksimumkan keuntungan. Disebabkan itu, kajian berkaitan nilai berisiko adalah sangat penting.mata wang kripto

Mata wang kripto mempunyai kemeruapan yang sangat tinggi. Hal ini dapat dilihat di dalam rajah 1 di mana harga salah satu mata wang kripto, Ethereum, mempunyai kemeruapan yang tinggi. Disebabkan itu, mengetahui nilai berisiko bagi mata wang kripto penting supaya dapat membantu para pelabur membuat keputusan sama ada mahu melakukan pelaburan ke dalam mata wang kripto atau tidak.

Pulangan dan Risiko Mata Wang Kripto

mata wang kripto

Menggunakan kaedah simulasi, pada aras keyakinan 95%, Monero mempunyai nilai berisiko tertinggi bagi tempoh 1 tahun dengan nilai -0.1111. Bagi tempoh 2 tahun pula, pada aras keyakinan 95% Monero juga mempunyai nilai berisiko yang tertinggi dengan nilai -0.0947.

Pada aras keyakinan 99%, Ripple mempunyai nilai berisiko tertinggi bagi tempoh 1 tahun dengan nilai -0.1703. Bagi tempoh 2 tahun pula, pada aras keyakinan 99% Ethereum mempunyai nilai berisiko yang tertinggi dengan nilai -0.1715.

Menggunakan kaedah simulasi Monte Carlo, pada aras keyakinan 95%, Ripple mempunyai nilai berisiko tertinggi bagi tempoh 1 tahun dengan nilai -0.1116. Bagi tempoh 2 tahun pula, pada aras keyakinan 95% Monero juga mempunyai nilai berisiko yang tertinggi dengan nilai -0.1098.

Pada aras keyakinan 99%, Ripple mempunyai nilai berisiko tertinggi bagi tempoh 1 tahun dengan nilai -0.1651. Bagi tempoh 2 tahun pula, pada aras keyakinan 99% Monero juga mempunyai nilai berisiko yang tertinggi dengan nilai -0.1594.

Hasil Dapatan

Secara keseluruhannya, Monero mempunyai risiko tertinggi berbanding dengan ketiga-tiga mata wang kripto tersebut. Hal ini disebabkan, Monero mempunyai nilai berisiko tertinggi apabila dikira menggunakan kedua-dua kaedah iaitu kaedah simulasi Monte Carlo dan kaedah simulasi sejarah.

Ripple pula berada di kedudukan yang kedua tertinggi menurut nilai berisiko yang telah dikira. Mata wang Ethereum di kedudukan yang terakhir dengan mempunyai nilai berisiko yang terendah berbanding dengan Ripple dan Monero.

Bagi para pelabur yang mahukan keuntungan yang tinggi dan mempunyai sifat suka akan risiko ataupun risk lover, maka Monero merupakan pilihan yang terbaik. Hal ini disebabkan untuk mendapatkan pulangan yang tinggi, risiko yang tinggi perlu dihadapi oleh para pelabur.

Namun begitu, bagi para pelabur yang mempunyai sifat benci akan risiko atau kata lainnya risk-averse, maka pelaburan ke dalam mata wang Monero perlu dielakkan. Malah pelaburan yang terbaik ialah pelaburan dalam mata wang Ethereum kerana ia merupakan satu pelaburan yang kurang berisiko dan lebih selamat.

*Hasil kajian ini merupakan hasil dapatan bersama Siti Aishah Mohd Dom dan Dr Saiful Izzuan Hussain dan diterbitkan atas kebenaran.

Maklumat di atas merupakan sebahagian daripada artikel “Penilaian Risiko Terhadap Pulangan Tiga Mata Wang Kripto yang Sedang Berkembang” yang diterbitkan di dalam buku Siri Penyelidikan Matematik 2018 iaitu hasil penyelidikan tahun akhir pelajar prasiswazah terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dapatan yang diperoleh boleh menjadi rujukan dan asas untuk penyelidikan akan datang atau menyokong penyelidikan sedia ada.

Rujukan

  • Boyle, P., Broadie, M.& Glasserman, P. 1997. Monte Carlo Method for Security Pricing. Journal of Economics Dyanmics and Control. 21(1997): 1267-1321
  • Hendricks, D. 1996. Evaluation of value-at-risk models using historical data (digest summary). Economic Policy Review Federal Reserve Bank of New York 2(1): 39-67
  • Lewis-Beck, M., Bryman, A. E. & Liao T. F. 2004. The SAGE Encyclopedia of Social Science Research Methods.Thousand Oaks: SAGE Publications.
  • Linsmeier, T.J & Pearson, N.D. 2000. Value at Risk Mar/Apr 2000. Financial Analyst Journal. 56(2): 47-67.
  • Osterrieder, J. 2017. Bitcoin and Cryptocurrencies-Not for the Faint Hearted. International Finace and Banking. 4(1): 56-94
Copy

Penulis: Dhia Iz

Penulis tetapi di iLabur yang suka dunia saham. Suka menulis tentang saham dan juga ekonomi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.