Riba dalam Islam. Amalan riba dalam kegiatan ekonomi bukan merupakan suatu perkara yang baru.

Riba telah wujud sebelum kelahiran Islam lagi. Orang Yahudi yang tinggal di Madinah telah menjadikan sistem riba dalam urusan perniagaan dan perdagangan dengan orang Arab.

Oleh itu, orang Arab Madinah telah dikuasai oleh orang Yahudi dalam kehidupan ekonomi mereka. Ini telah menyebabkan mereka hidup dalam kemiskinan dan tertindas dengan bebanan hutang yang kian bertambah dan meningkat.

riba dalam islam

Imej via Pixabay

Nabi Muhammad s.a.w. telah memerangi amalan riba. Iaitu ketika Setelah orang Arab Madinah memeluk agama Islam dan Bandar itu dikuasai oleh orang Islam di bawah pimpinan Baginda.

Baginda telah menegah orang-orang Islam daripada melakukan kegiatan ekonomi yang berbentuk riba. Secara beransur-ansur kehidupan orang Arab Madinah telah terlepas daripada cengkaman sistem dan amalan riba itu.

Makna riba dari segi bahasa adalah pertambahan atau kesuburan. Manakala, dari segi istilah pula ialah tidak ada pertukaran harta dengan harta yang adil.

Yang bermaksud ia naik begitu sahaja tanpa berusaha apa-apa pun. Dan riba merupakan antara salah satu amalan jahiliah yang ditentang keras oleh Allah Ta’ala dan Rasulullah s.a.w.

Apakah Hukum Riba Dalam Islam

Hukum riba menurut Islam adalah haram dan dalil pengharaman tentangnya ada banyak tertulis di dalam al-Quran dan hadith.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

(al-Baqarah 2: 278-279)

Bahagian Riba Dalam Islam

Riba Fadhl : Iaitu riba lebihan yang tidak sama timbangan atau bilangan dalam jual beli.

Riba An-Nasi-ah : Riba yang disebabkan oleh kelewatan atau bayaran bertangguh. Contohnya, disebabkan anda lambat bayar hutang. Tiba-tiba sahaja ia naik beberapa peratus dan secara automatik ia ditambah kepada nilai pokok yang anda harus bayar.

Pertambahan seperti ini selalu dikenakan ke atas orang yang berhutang dengan bank-bank yang tidak mematuhi syariat Islam. Juga, ia merupakan amalan yang keji kerana menindas orang yang memerlukan hutang.

Amalan ini selalu dilakukan oleh orang-orang jahiliah dan riba jenis ini adalah yang paling selalu digunakan pakai oleh orang ramai. Termasuklah  juga orang-orang yang beragama Islam. Nauzubillah.

Kesan Buruk Riba Dalam Islam

Diperangi Allah dan Rasul

Iaitu kesan buruk yang paling besar. Dan kesan buruk ini tidak mengira sama ada anda seorang Muslim atau tidak.

Jika anda seorang pemakan riba, anda akan diibaratkan seperti membuka medan peperangan untuk berhadapan dengan Allah dan Rasul.

Di mana anda tidak akan mampu untuk memenanginya. Juga, anda akan sentiasa berada di dalam murka Allah S.W.T. di dunia dan akhirat.

Membawa bencana yang mengancam ummah

Kerana beberapa perkara seperti di bawah akan berlaku jika tempat tersebut mengamalkan riba:

  • Seorang pengamal riba akan suka mengambil kesempatan terutamanya kepada orang-orang yang terdesak dan amat memerlukan hutang.
  • Orang yang berhutang akan ditimpa kegelisahan, tekanan jiwa dan kemurungan disebabkan riba yang menimpanya.
  • Masyarakat yang dikuasai sistem riba akan hilang nilai kemesraan kerana mereka akan menjadi seorang yang tamak haloba.
  • Amalan riba merupakan eksploitasi orang kaya terhadap orang yang memerlukan hutang. Disebabkan ini, orang-orang kaya akan bertambah kaya tanpa perlu berusaha manakala orang yang sederhana atau miskin akan bertambah miskin.

Harta kekayaan akan berkelompok pada sekelompok manusia sahaja

Hal ini kerana, harta pemberi riba tidak akan berkurang. Ini kerana mereka beroleh kekayaan melalui sistem riba dan mempergunakan untuk kepentingan diri sahaja. Di sebabkan itu, hanya pemakan riba yang akan mengaut keuntungan degan cara mudah tanpa rugi apa-apa pun.

Produktiviti akan jadi lemah

Hal ini disebabkan, keuntungan dengan cara riba tidak perlu mendedahkan harta kepada kerugian seperti melalui sektor industri atau pun perniagaan. Mereka hanya goyang kaki dan tunggu akhir bulan untuk menerima keuntungan mereka.

Punca kenaikan barang

Pemilik kilang terpaksa menaikkan harga barang,lebih-lebih lagi apabila dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil untuk menampung riba yang tidak pernah berhenti. Ini juga dipanggil inflasi.

Punca kehancuran banyak negara dan wujudnya jurang pemisah yang besar

Terutamanya kepada negara yang masih membangun atau dipanggil negara yang berhutang demi untuk memajukan ekonomi negara mereka. Disebabkan mereka berhutang melalui sistem riba, mereka tidak akan mampu mebayar hutang-hutang mereka tersebut.

Kerana mereka perlu membahagikan keuntungan kepada dua iaitu membayar hutang yang semakin bertambah dan rakyat yang memerlukan.

Akibatnya, apabila tidak dapat menampung riba itu, nilai mata wang sesebuah negara akan jatuh mendadak. Tetapi untuk mengelakkan perkara itu daripada berlaku, pemimpin negara akan mengenakan cukai yang banyak dan tinggi. Akhirnya, rakyat juga yang akan merana.

riba

Ciri-ciri pemberi riba

  • Hati kejam seperti batu.
  • Mereka diibaratkan seperti penghisap darah yang tidak pernah kenyang.
  • Mereka juga tiada belas kasihan terhadap golongan yang memerlukan.

Dalam soal riba, bukan sahaja pemberi riba malah mereka yang terlibat dalam kegiatan dan urusan riba juga akan menerima azab sengsara dalam neraka.

Riba dalam Islam merupakan amalan yang sangat ditegah. Kita sebagai orang-orang yang beriman, wajib mengelakkan diri daripada berjinak-jinak dengan amalan riba ini.

Setelah anda membaca kesan-kesan buruk di atas, sudah tentu anda akan terasa betapa indahnya Islam kerana mengharamkan riba. Sesungguhnya Allah tidak akan mengharamkan sesuatu itu jika ia tidak memudharatkan. Begitulah betapa Maha Bijaksana Allah itu.

Walau bagaimanapun, sistem riba masih tidak dapat dimusnahkan dan masih banyak digunakan oleh orang-orang Islam. Untuk mencegah ia daripada berlanjutan, umat Islam perlu memiliki sistem perbankan sendiri yang bersih daripada sistem riba. Serta tidak dipengaruhi sistem perbankan orang-orang kafir musyrik.

Sumber : YADIM

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.