Roadtax atau cukai jalan kenderaan akan luput setiap tahun. Anda perlu memperbaharui cukai jalan bagi mengelakkan anda disaman. Hari ini kami akan kongsikan cara renew roadtax yang boleh anda pilih iaitu sama ada mempernaharui cukai jalan anda di pejabat JPJ berdekatan, pejabat pos, atau secara online. Anda boleh pilih salah satu cara yang paling mudah untuk anda.
Apa yang diperlukan untuk renew roadtax?

Sebelum anda renew roadtax dan insurans kereta serta motor, berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda lakukan:
- Semak tarikh tamat insurans dan roadtax. Kenal pasti bilakah tarikh luput insurans dan roadtax anda.
- Kemudian anda boleh lakukan survery untuk membandingkan harga insurans motor yang ditawarkan oleh syarikat insurans.
- Pastikan anda mempunyai geran kenderaan.
- Pastikan kenderaan anda bebas daripada sebarang saman. Jika kenderaan anda mempunyai sebarang tunggakan saman, anda perlu melangsaikan saman tersebut terlebih dahulu. Jika tidak, anda tidak boleh memperbaharui roadtax untuk kenderaan tersebut.
- Semak harga pasaran semasa kenderaan anda untuk mengetahui berapakah jumlah insurans yang sesuai.
Cara renew roadtax di Pejabat Pos
Cara pertama untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan anda ialah dengan pergi ke pajabat pos yang berhampiran. Untuk pembaharuan di pejabat pos, tempoh renew yang dibenarkan adalah selama enam bulan atau satu tahun. Kenderaan tersebut juga mestilah mempunyai perlindungan insuran bagi tempoh seperti yang dipohon.
Anda hanya boleh memperbaharuia cukai jalan kenderaan sekiranya ia akan tamat tempoh dalam masa dua bulan dari tarikh permohonan. Sekiranya pemilik kenderaan telah meninggal dunia, pembaharuan cukai jalan hanya dibenarkan untuk tempoh enam bulan sahaja bagi setiap permohonan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun. Permohonan mesti mendapat kelulusan jika tempoh kematian telah melebihi lima tahun.
Sekiranya tarikh luput roadtax sudah melebihi satu tahun daripada tarikh permohonan, kenderaan tersebut perlu menjalani dan lulus pemeriksaan Puspakom terlebih dahulu. Berikut adalah cara untuk memperbaharui cukai jalan di pejabat pos:
- Pastikan anda memenuhi kesemua syarat di atas
- Pastikan anda sudah menyediakan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, Sijil pemilikan kenderaan atau salinan geran, Cover note insurans
- Ambil nombor giliran
- Tunggu giliran anda dipanggil
- Selesaikan urusan di kaunter sehingga selesai semuanya
- Siap
Cara renew roadtax secara online
Terdapat pelbagai laman web yang boleh anda pilih untuk memperbaharui cukai jalan anda. Anda boleh memperharui cukai jalan anda di lamanweb Loanstreet. Caranya ialah seperti berikut:
- Layari laman web Loanstreet
- Cari butang insurans dan klik pada motorcycle insurance
- Masukkan maklumat yang diperlukan
- Klik butang buy now jika setuju dengan sebut harga yang dipamerkan
- Anda boleh renew roadtax sekali gus jika mahu. Jika tidak, tekan butang seterusnya
- Sahkan maklumat dan buat pembayaran
- Tunggi email yang mengandungi cover note insurans motor
- Siap
Selain laman web Loanstreet, anda juga boleh renew roadtax menerusi laman web MyEG dengan cara:
- Layarai laman web https://autoroadtax.com.my
- Pilih bahasa
- Klik renew online new atau perbaharui insurans sekarang
- Isikan nombor kad pengenalan dan nombor kereta
- Pilih syarikat insurans yang anda ingini
- Harga renew roadtax akan dilakukan secara automatik
- Bayar secara online atau kaedah lain yang dibenarkan
- Muat naik cover note dengan memasukkan nombor kad pengenalan
- Siap
Jenis insurans di Malaysia
Adalah penting juga untuk anda mengetahui jenis-jenis insurans yang ada di Malaysia memandangkan anda wajib mempunyai perlindungan insurans kenderaan sebelum renew roadtax. Di Malaysia, terdapat tiga jenis insurans kenderaan yang ditawarkan iaitu:
- Perlindungan komprehensif atau first party insurance memberikan perlindungan yang menyeluruh dan lebih besar skopnya berbanding jenis insurans kenderaan yang lain. Di antara perlindungan dibawah jenis ini ialah perlindungan untuk kenderaan sendiri, kenderaan pihak ketiga, dan harta-benda pihak ketiga.
- Perlindungan pihak ketiga, kebakaran dan kecurian atau third party, fire and theft memberikan perlindungan kepada pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan disebabkan Anda boleh membuat tuntutan sekiranya kereta anda terbakar.
- Perlindungan pihak ketiga atau third party insurance adalah perlindungan yang merujuk kepada perlindungan ke atas kenderaan dan harta orang lain sahaja. Ia tidak akan melindungi kereta anda.
Jadi, insurans jenis mana yang patut anda pilih? Nasihat kami, insurans jenis yang pertama iaitu Perlindungan komprehensif atau first party insurance adalah pilihan yang terbaik memandangkan ia mempunyai kelebihan yang berikut:
- Ia memberikan perlindungan secara menyeluruh kepada kereta anda.
- Dalam masa yang sama ia melindungi pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan di atas sebab kecuaian anda.
- Ia juga adalah pilihan yang terbaik sekiranya kereta anda masih mempunyai baki pembiayaan atau finance.
- Insurans jenis ini akan menanggung perbelanjaan untuk membaiki kereta anda yang rosak akibat kemalangan. Insurans jenis ini juga akan menanggung kos membaiki kenderaan lain yang rosak akibat dilanggar oleh anda.
- Anda juga boleh membuat tuntutan sekiranya kemalangan berlaku disebabkan oleh kecuaian sendiri seperti anda tertidur semasa memandu atau bermain telefon bimbit.
Itulah dia info tentang renew roadtax yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang kereta paling jimat minyak di Malaysia.
Rujukan:
1.Cara Renew Roadtax Online. Autoroadtax
2. Cara Renew Roadtax Pejabat Pos.Therohani
