MyONLINE PASPORT kemudahan kepada warganegara Malaysia renew pasport secara online. Sebelum anda pergi ke luar negara, penting untuk periksa pasport anda mempunyai tempoh sah laku. Iaitu melebihi 6 bulan dari tarikh akhir anda balik.
Jadi dengan ada MyOnline Pasport akan membantu anda untuk renew pasport. Dengan membuat bayaran menggunakan kad kredit atau online banking (FPX), anda tak perlu lagi beratur untuk renew pasport.
Semua boleh dibuat secara online dan ambil pasport yang siap di pejabat Imegresen yang terpilih.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk renew passport antarabangsa Malaysia secara online di sistem My Online Passport.
Syarat Permohonan Renew Passport Antarabangsa
Setiap pemohon harus mencapai usia 13 tahun dan ke atas serta telah menjadi pemegang pasport yang sah. Pemohon juga telah diberikan kebenaran oleh ibu bapa penjaga untuk membuat permohonan yang berusia dari 13 hingga 17 tahun sebelum memohon.
Setiap maklumat yang diisi oleh pemohon menerusi sistem yang disediakan haruslah benar dan tepat. Sekiranya didapati anda memberikan maklumat palsu, permohonan serta merta akan ditolak dan akan dikenakan tindakan undang-undang.
Cara-cara membuat permohonan pembaharuan pasport Malaysia adalah seperti berikut:
Mula-mula, pergi ke myIMMs e-services
Setelah membaca terma dan syarat, klik butang ‘Agree’ untuk meneruskan proses pembaharuan pasport anda.
Seterusnya, anda akan diminta untuk mengisi maklumat dan butiran peribadi yang diperlukan untuk melengkapkan pembaharuan pasport.
Pastikan anda dah sediakan pasport lama di depan komputer supaya mudah nak buat rujukan nanti.
Kemudian, anda boleh google cawangan pejabat imegresen yang paling dekat dengan rumah atau pejabat anda. Jadi, senanglah nak pick up bila dah siap nanti.
Spesifikasi Gambar Passport
Gambar pasport perlu dimuat naik terus melalui sistem ketika proses permohonan dibuat. Berikutnya adalah syarat yang ditetapkan untuk membuat gambar passport yang sah.
Kalau nak selamat, scan gambar yang dah diambil dekat kedai gambar tu.
Lepas dah upload gambar tadi, bolehlah buat pembayaran yang diperlukan secara online.
Kadar bayaran adalah seperti berikut
i. Permohonan Biasa 13 – 59 tahun : RM 200
ii. Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100
Setelah semuanya selesai, anda akan mendapat maklumat transaksi seperti status, nombor resit, cawangan kutipan, tarikh kutipan dan masa kutipan.
PENTING: Sila bawa bersama-sama resit, kad pengenalan dan pasport asal. Bagi pemohon di bawah 18 tahun, sila bawa juga kad pengenalan penjaga dan surat beranak.
Jika anda gagal mengemukakan semua dokumen seperti yang diarahkan serta gagal menghadirkan diri untuk proses pengambilan, passport anda tidak akan diserahkan. Selain itu, perlu diingatkan pasport yang lama masih lagi dalam keadaan baik, tidak rosak, kotor atau terkena air.
Anda juga wajib tahu bahawa anda tidak boleh menghantar mana-mana wakil ketika proses pengambilan pasport bagi pihak anda. Walau dengan berbagai macam alasan sekalipun. Untuk semua pemohon yang berusia bawah 17 tahun, anda harus datang bersama ibu bapa penjaga ketika mengambil passport.
Waktu serahan pasport ni bergantung pada waktu kita lengkapkan permohonan tadi.
Bagi permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja, pasport baru yang dah siap akan diserahkan pada hari yang sama, iaitu kira-kira 1 jam selepas permohonan lengkap dihantar beserta bayaran. Manakala bagi permohonan selepas jam 3 petang, ia akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.