Raymond Dalio atau lebih dikenali dengan panggilan Ray Dalio merupakan seorang pengasas sebuah syarikat pelaburan, Bridgewater Associates, merupakan seorang yang mempunyai banyak kelayakan. Intitutional Investor telah meletakkan beliau pada kedudukan keempat dalam senarai pengurus dana lindung nilai pada tahun 2017. Sementara itu, Forbes meletakkan beliau pada kedudukan ke-67 dalam senarai jutawan dunia pada tahun 2018.

Dalio dan ketua pegawai-pegawai pelaburan bersama, Bob Prince dan Greg Jensen telah menguruskan Bridgewater Associates selama bertahun-tahun. Namun demikian, syarikat itu telah menyatakan rancangan mereka untuk menstrukturkan semula perniagaan mereka sebagai sebuah perkongsian. Ini kerana, dengan melakukan perkara tersebut, akan memberikan lebih banyak hak bersuara kepada eksekutif-eksekutif tertinggi berkenaan dengan bagaimana dana digunakan.

Selain itu, dengan beralih kepada sebuah perkongsian, eksekutif-eksekutif kanan akan mempunyai kepentingan ekonomi dalam perniagaan dan mempunyai hak untuk mengundi tentang bagaimana dana perniagaan akan digunakan.

Di samping itu, menurut Forbes, Dalio mempunyai jumlah nilai bersih sebanyak $18.7 bilion. Oleh itu, artikel ini akan menceritakan perjalanan Dalio dalam membina kekayaan beliau.

Tahun 1960-an

Dalio memulakan perjalanan karier beliau seawal usia 12 tahun di mana keinginan beliau dalam membelanjakan wang mendorong beliau untuk bekerja sebagai seorang kedi (pembantu pemain golf). Semasa menjadi seorang kedi, orang-orang atau pemain-pemain golf di sekeliling beliau sering berbincang tentang perdagangan saham.

Oleh itu, beliau mula melabur. Salah satu kejayaan beliau adalah membeli saham di Northeast Airlines dengan harga sebanyak $300, yang mana telah meningkat sebanyak tiga kali ganda apabila syarikat penerbangan tersebut bergabung dengan syarikat lain.

Pengajaran hasil daripada pengalaman pertama beliau terus kekal dalam diri beliau sepanjang hayat beliau. Pengajaran yang dimaksudkan adalah beliau harus menjadi seorang pemikir yang berdikari, terlebih yakin boleh merugikan diri sendiri, beliau boleh mendapat manfaat dengan berkongsi pendapat dengan pelabur-pelabur pakar dan beliau sentiasa perlu memperbaiki diri beliau. Selain itu, The Beatles juga banyak mempengaruhi beliau untuk bermeditasi dan meningkatkan kebolehan membuat keputusan (decision-making) dalam diri beliau.

Tahun 1970-an

Pada tahun 1971, Dalio telah menyertai Harvard Business School, dan beliau bekerja sebagai seorang kerani di salah sebuah pejabat di Pasaran Saham New York. Penglibatan beliau dalam pasaran mata wang telah menarik perhatian beliau. Pada masa tersebut, beliau juga merupakan seorang pelatih untuk pengarah komoditi untuk Merrill Lynch, di mana beliau mula mengejar hasrat beliau untuk berdagang dalam bidang komoditi. Namun begitu, usaha tersebut merupakan sesuatu yang tidak jelas bagi diri beliau pada masa tersebut.

Dua tahun selepas itu, iaitu pada tahun 1974, perdagangan komoditi menjadi tarikan, dan beliau telah diambil untuk menjadi pengarah komoditi di Dominick & Dominick LLC. Selepas itu, beliau berpindah ke syarikat Shearson Hayden Stone, di mana beliau bekerja sebagai seorang pedagang hadapan dan broker. Selepas Shearson Hayden Stone memecat beliau, beliau memulakan syarikat pengurusan pelaburan beliau sendiri, Bridgewater Associates, di mana ibu pejabat syarikat tersebut terletak di Westport, Connecticut.

Tahun 1980-an Dan Seterusnya

Bermula tahun 1980-an, Bridgewater Associates telah mula membina nama di dalam industri. Menjelang tahun 2011, syarikat tersebut telah menjadi sebuah syarikat dana lindung nilai terbesar di dunia. Pada tahun 2016, Bridgewater Associates telah menduduki tangga pertama untuk tempoh enam tahun berturut-turut dalam senarai 100 syarikat dana lindung nilai tahunan, Institutional Investor’s Alpha’s yang ke-15.

Syarikat beliau menguruskan kira-kira $150 bilion dana untuk para pelanggannya yang berpengaruh yang berpusat di seluruh dunia. Pada tahun 2017, Dalio sekali lagi menjadi terkenal kerana telah meramalkan krisis kewangan global. Beliau telah menjelaskan model beliau untuk krisis ekonomi dalam sebuah artikel yang bertajuk “How the Economic Machine Works: A Template for Understanding What Is Happening Now”. Semenjak tahun 2011, Dalio telah mengongsikan teknik dan prinsip beliau melalui penuliasan dan ucapan beliau. Dua karya beliau yang paling terkenal adalah “Principles”, yang menceritakan tentang asas kehidupan dan prinsip-prinsip asas beliau dan “How the Economic Machine Works”, yang merupakan sebuah klip video YouTube yang berdurasi selama 15 minit.

Kesimpulan

Dalio telah menulis satu karya yang mempunyai 132 muka surat yang menerangkan dan menunjukkan tentang prinsip-prinsip kerjaya beliau yang berjaya. Menurut beliau, “if you could reduce it to one factor, it would be truth.”. Dalio menyatakan ianya adalah amat penting untuk anda menerima dan berjaya dalam menangani masalah kehidupan. Ini kerana integriti merupakan sesuatu yang dikeluarkan dari diri anda.

Selain itu, beliau menghargai hubungan beliau dengan orang lain dan menyatakan di mana dengan mendengar pendapat orang lain dalam mencari kebenaran akan mengapuskan maklumat-maklumat yang salah. Di samping itu, analisis yang tepat untuk sesuatu perkara dan pemerhatian yang dilakukan beliau, membantu beliau untuk meningkatkan diri beliau.

Dalio telah menyimpulkan, mereka yang berjaya merupakan mereka yang menjadikan realiti sebagai kompas kehidupan mereka. Di dalam karya beliau, “Principles”, beliau menyatakan bahawa wang tidak pernah menjadi tujuan beliau.

Beliau gembira kerana telah tersenarai di dalam Forbes 400, namun beliau menganggap ianya adalah lebih penting untuk mempunyai kehidupan yang menarik, melibatkan diri dalam kerja yang bermakna dan mempunyai hubungan yang bermakna dengan orang sekeliling.

Jemput juga baca tentang kisah usahawan berjaya

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.