Jika anda kerap mengalami masalah sakit kepala, pastinya anda tertanya-tanya apakah puncanya? Kenapa anda selalu sakit kepala? Adakah sakit kepala yang anda alami adalah petanda bahawa anda mempunyai masalah kesihatan lain yang lebih serius?

Hari ini kami akan kongsikan info tentang punca sakit kepala, rawatannya dan bila anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Punca sakit kepala

Sumber: Harvard

Dari segi perubatan, terdapat pelbagai faktor yang boleh menjadi punca anda sakit kepala. Berikut adalah keadaan yang biasanya menyebabkan sakit kepala di Malaysia:

  • Tekanan (tension headache). Tekanan perasaan atau stress boleh menjadi punca anda sakit kepala. Oleh itu pastikan anda sentiasa tenang dan pandai dalam mengawal perasaan terutamanya apabila ada perkara tidak baik yang berlaku dalam hidup anda.
  • Kemurungan. Selain tekanan perasaan atau stress, kemurungan juga boleh menjadi penyebab kenapa anda sakit kepala. Apabila perasaan anda tidak elok, ia akan mengganggu hormon didalam badan lalu menyebabkan sakit kepala mula menyerang.
  • Pengecutan saluran darah. Pengecutan saluran darah yang terlalu laju akan menyebabkan anda sakit kepala. Keadaan ini biasanya berlaku apabila anda migrain. Proses pengembangan dan pengecutan saluran darah dalam kadar yang cepat akan mengganggu proses penyampaian darah ke kepala. Kesannya, anda akan berasa sakit kepala.
  • Penyakit serta ketegangan dalam mata. Adakalanya sakit kepala adalah petunjuk bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan mata anda. Penyakit mata atau mungkin juga ketegangan pada mata akan menyebabkan anda diserang sakit kepala. Di antara punca ketegangan mata yang biasa berlaku ialah disebabkan oleh menghadap skrin komputer terlalu lama. Itulah sebabnya kenapa anda perlu berehat sekurang-kurangnya 5 minit setiap 30 minit semasa bekerja.
  • Sakit gigi dan tulang rahang. Punca sakit kepala yang seterusnya ialah disebabkan oleh sakit gigi dan sakit tulang rahang. Sakit ini akan mengganggu penyaliran darah ke kepala dan akibatnya anda akan sakit kepala yang teramat sangat.
  • Penyakit berkaitan anggota telinga, hidung dan tekak. Selain sakit gigi dan sakit pada tulang rahang, anda pastinya terkejut jika kami katakana bahawa penyakit berkaitan anggota telinga, hidung dan tekak juga boleh menjadi punca sakit kepala.
  • Kejang otot. Sakit kepala juga boleh berlaku disebabkan oleh masalah kekejangan otot. Ini kerana kekejangan otot mengganggu saliran darah ke bahagian kepala dan otak.
  • Kecederaan kepala dan tengkuk atau leher. Jika anda mengalami kecederaan pada bahagian tengkuk atau leher, anda akan mengalami sakit kepala sebagai salah satu kesannya.
  • Angin Ahmar. Pesakit angin ahmar biasanya akan mengalami sakit kepala yang kerap dan teruk.
  •  Jangkitan dalam otak atau ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor). Punca sakit kepala yang seterusnya ialah masalah di bahagian otak seperti jangkitan atau ketumbuhan. Kebiasaannya mereka yang sakit kepala disebabkan masalah ini akan mengalami sakit kepala yang keterlaluan.
  • Tekanan Darah Tinggi. Pesakit darah tinggi juga akan selalu mengalami masalah sakit kepala, terutamanya apabila tekanan darah adalah tinggi.
  • Pengambilan dadah dan racun. Beberapa jenis ubatan juga boleh menjadi punca anda sakit kepala.

Apakah rawatan untuk sakit kepala?

Di klinik, rawatan untuk sakit kepala adalah bergantung kepada penyebabnya. Bukan semua akit kepala perlu dirawat dengan ubat. Selain mengambil ubat tahan sakit atau Paracetamol, anda juga boleh:

  • Berehat dan berbaring dalam bilik yang gelap dan sunyi.
  • Bertenang.
  • Berurut.
  • Mandi air sejuk.
  • Basahkan kepala.
  • Membalut kepala dengan tuala basah.
  • Berbekam.
  • Rawatan chiropractic.
  • Rawatan akupuntur.
  • Menangani stress.
  • Elakkan mengambil ubat yang menyebabkan anda sakit kepala.
  • Mendapatkan rawatan bagi penyakit yang menjadi punca anda sakit kepala.

Bila anda perlu berjumpa doktor?

Pastinya anda ingin tahu bilakah anda perlu berjumpa dengan doktor untuk memeriksa kepala anda yang selalu sakit. Sakit kepala biasanya tidak serius dan ianya adalah sesuatu yang normal. Namun ada sakit kepala yang jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan diri anda.  Nasihat kami, sila jumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran serius atau Red flag seperti berikut :


• Demam.
• Pening kepala yang kuat bagi anda yang berumur 40 tahun ke atas.
• Sakit kepala yang tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit.
• Sakit kepala yang sangat kerap dan semakin teruk.
• Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami.
• Sakit kepala yang menjadi lebih teruk apabila anda batuk atau bersin.
• Sakit kepala selepas anda mengalami kemalangan yang melibatkan kecederaan kepala.
• Sakit kepala bersamaejang tengkuk/leher.
• Anda berasa khayal atau lali.
• Sakit kepala yang menyebabkan anda mengalami sawan.
• Rasa lemah dan kebas bersama sakit kepala.
• Anda mengalami penglihatan yang kabur disebabkan oleh sakit kepala.
• Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau
awal pagi.
• Loya atau muntah.
• Hilang selera makan dan susut berat badan.
• Jika anda adalah seorang pesakit darah tinggi, penyakit kanser dan HIV

Itulah dia info  tentang punca sakit kepala yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang punca Dyslexia dan bahaya semut charlie.

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.