Proses Beli Kereta Second Hand. Bukan semua orang suka kereta baharu. Ada yang mempunyai minat untuk membeli kereta second hand.
Membeli kereta second hand ni memang murah. Namun anda perlu tahu cara dan tips untuk membeli kereta second hand ni.
Berikut adalah tips untuk membeli kereta second hand.
Ini adalah perkara penting yang perlu diutamakan. Mungkin ada di kalangan kita yang masih baru dan tiada pengalaman untuk membuat pemeriksaan tentang keadaan kereta. Sebaiknya, anda membawa kenalan anda atau seorang mekanik yang lebih arif berkenaan kedaaan kereta. Minta mereka lihat dan komen kondisi kereta tersebut.
Utamakan dahulu memeriksa bahagian badan kereta. Ini dapat menentukan sekiranya kereta tersebut pernah mengalami kemalangan atau pun merupakan sebuah kereta banjir.
Kemudian, anda terus memeriksa pada bahagian yang tersembunyi seperti di bawah pelapik bonet belakang, di sekeliling getah pintu dan juga di bawah karpet lantai. Seterusnya anda bolehlah membuat pemeriksaan pada pada bahagian mekanikal agar semuanya berfungsi dengan baik.
Bukan kereta baharu sahaja perlu test drive. Kereta second hand pun perlu test drive.
Sebab bila dah test drive, baru anda dapat rasakan prestasi kereta di atas jalanraya yang sebenar. Bukan setakat gambar di majalah atau pun di online sahaja. Jangan terpedaya dengan gambar yang cantik dan kereta yang berkilat.
Sebelum test drive, start enjin selama 10-15 minit. Ini untuk menguji tahap kesejukan penghawa dingin dan juga radiator.
Bagi kereta dengan transmisi automatik, anda harus tekan brek dan masukkan gear R dan D terlebih dahulu. Manakala untuk kereta manual pula, anda perlu masukkan kesemua gear untuk memastikan kesemua gear terkunci semasa tuil dimasukkan. Sangat penting, kerana kos nak repair gearbox bukanlah murah.
Jika semuanya okay-okay saja, sila lihat indikator suhu dan pastikan kipas radiator berpusing baru mulakan perjalanan. Ketika memandu, teliti bunyi-bunyi pelik terutamanya pada bahagian transmisi. Selain itu, dengar bunyi yang mungkin kedengaran seperti rak stereng yang haus, absorber yang asyik berbunyi dan seretan brek.
Salah satu proses beli kereta second hand. check rekod servis kereta. Tanya kepada pemilik atau dealer kereta terpakai tersebut jika terdapat rekod servis buku log. Setiap kereta yang dibeli akan dibekalkan bersama buku rekod ini dan akan ditandakan oleh pusat servis setiap kali kereta tersebut diselenggara.
Apa barangan yang telah diganti dan dan sejauh mana tahap perjalanan kereta tersebut, semuanya telah dicatat dengan baik. Ini bagi memastikan kereta tersebut dipelihara dengan baik dan diselenggara pada waktu yang ditetapkan.
Ramai yang terlepas pandang bab ini. Sebelum membeli kereta terpakai tersebut, pastikan anda lihat sendiri geran asli. Lihat pada setiap perincian dalam spesifikasi adalah benar dan tepat tanpa sebarang pindaan, terutamanya nombor enjin dan nombor casis.
Dah banyak kita dengar kes kereta klon, jadi ambil langkah berhati-hati.
Pada bahagian kolum spesifikasi, ada menunjukkan sebuah kolum kecil yang pada kebiasaanya ditulis ‘’Hak Milik Dituntut Oleh Bank’’. Anda sebagai bakal pemilik kereta tersebut, perlu memastikan kolum tersebut telah mendapat cop ‘’DIBATALKAN’’ daripada pihak JPJ untuk memastikan tiada sebarang sekatan di kemudian hari.
Okay selepas semua anda puas hati barulah deal dengan penjual. Anda puas hati dan duit pun selamat. Membeli kereta second hand memerlukan pengetahuan supaya anda benar-benar dapat harga yang berbaloi dengan wang dibayar.