Jika anda sedang mencari idea untuk mencari duit lebih, pastinya personal shopper merupakan salah satu pilihan yang ada dalam senarai pendek anda. Personal shopper adalah cara mencari duit yang menyeronokkan kerana anda dapat melakukan perkara yang paling seronok di dunia: shopping! Walau pun sekadar membeli-belah untuk orang lain, keseronokan yang dirasai tak dapat disangkal lagi. Kali ini kami akan kongsikan cara jadi personal shopper di Malaysia yang perlu anda tahu sebelum bermula.

Sumber: Comparehero

1. Kaji dulu barang apa yang sangat dikehendaki di Malaysia dan di mana boleh didapati

Perkara yang paling penting ialah kenal-pasti barang apa yang ingin anda jual dan di mana ianya boleh diperolehi. Sebagai contoh:

  1. Personal shopper barangan Ikea, kenal-pasti lokasi Ikea yang terdekat dengan kawasan anda.
  2. Personal shopper Kaison, apa yang perlu anda lakukan ialah kenal-pasti lokasi Kaison tang terdekat dan mudah untuk anda pergi.
  3. Personal shopper beg tangan jenama antarabangsa dari factory outlet, kenal-pasti factory outlet mana yang paling dekat dengan anda. Mungkin Genting premium Outlet?

2. Kaji lokasi barang yang hendak dibeli

Setelah anda mengenal-pasti barang yang akan anda jual serta lokasi untuk mendapatkannya, langkah kedua yang perlu anda lakukan ialah dengan cara mengkai lokasi tersebut. Pendek kata, pastikan anda tahu selok-belok lokasi tersebut sebelum bergelar personal shopper.

Sebagai contoh, jika anda memilih untuk menjadi personal shopper Ikea, anda perlu tahu setiap seksyen di Ikea berdekatan anda supaya anda tahu di mana untuk mencari barangan yang dipesan oleh pelanggan. Ketahui juga tempat parking yang paling dekat dan mudah untuk anda.

3. Baca review atau blog berkaitan

Anda juga boleh meluangkan masa untuk membaca blog atau review dari para personal shopper di Malaysia. Sesungguhnya membaca jambatan ilmu.

4. Follow personal shopper yang berjaya, tiru jejak langkah mereka

Cara jadi personal shopper di Malaysia yang seterusnya ialah dengan cara mengikuti personal shopper yang berjaya. Baca apa yang mereka kongsikan dan ambil mana yang berguna. Ikut jejak langkah mereka yang telah terbukti berjaya. Terdapat ramai personal shopper yang seronok berkongsi pengalaman merek di media sosial.

Tujuan mereka berkongsi ialah untuk menarik lebih ramai pelanggan namun tak salah kalau anda ambil kesempatan untuk membaca tulisan mereka dengan tujuan unttuk menjadi seorang personal shopper.

5. Kaji harga jualan barang tersebut, bandingkan dengan kos yang perlu anda keluarkan. Adakah berbaloi dengan harga yang bakal anda jual?

Langkah yang kelima untuk menjadi seorang personal shopper di Malaysia ialah mengkaji harga jualan barang tersebut. Anda boleh lakukan dengan memeriksa laman web barangan tersebut atau juga catalog. Anda juga boleh melihat sendiri harga barangan dengan menjelajah kedai yang menjual. Setelah mengetahui harga jualan barang tersebut, tiba masa untuk anda menetapkan berapakah harga jualan yang akan anda kenakan kepada pelanggan dengan mengambil kira kos-kos berikut:

  1. Kos perjalanan
  2. Kos pengangkutan
  3. Kos masa dan tenaga
Sumber: Dayofdubai

Pastikan anda mendapat keuntungan daripada harga jualan. Jika tidak, anda akan mengalami kerugian atau tidak membuat sebarang untung dan hanya melakukan khidmat masyarakat. Dalam masa yang sama pastikan juga harga yang anda letak tidak terlalu tinggi sehingga menyebabkan tiada pelanggan yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan anda.

Anda juga boleh lihat harga yang ditawarkan oleh personal shopper lain yang menjual barang yang sama berdekatan anda. Tak tahu di mana untuk melihat? Google sahaja personal shopper yang berkaitan. Sebagai contoh: personal shopper Ikea Ipoh.

6. Tetapkan berapa lama garis masa pre-order

Setelah selesai semuanya, anda perlu tetapkan berapa lama garis masa pre-order yang akan anda tawarkan. Kebiasaannya personal shopper di Malaysia akan meletakkan garis masa 7 hari sehingga 14 hari bergantung kepada berapa banyak jualan mereka. Jika banyak pelanggan, garis masa pre-order akan menjadi semakin pendek kerana tidak perlu mengumpul order dalam tempoh yang lama. Pastikan anda mempu untuk memenuhi garis masa pre-order yang anda tetapkan.

7. Iklankan servis anda

Nak jadi personal shopper kena ada pelanggan. Macam mana nak dapat pelanggan? Iklankan servis anda. Tempat paling sesuai untuk mengiklankan servis anda adalah dimedia sosial seperti facebook, instagram dan twitter. Ianya mudah dan akan mendapat capaian yang ramai.

8. Bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi karenah pelanggan

Menjadi seorang personal shopper bermakna anda akan berjumpa dengan ramai pelanggan yang beraneka karenah. Maka bersedialah secara mental dan fizikal untuk melayan karenah pelanggan yang cerewet, tidak penyebar, diva, dan sebagainya. Jadilah seorang personal shopper yang berhemah namun ingat bahawa istilah “Customer is always right” tidak lagi terpakai pada hari ini.

9. Bungkus barang dengan cermat bagi mengelakkan masalah

Akhir sekali, pastikan anda membungkus barang dengan cermat sebelum dipos bagi memastikan ia sampai ke tangan pelanggan anda dalam keadaan yang baik tanpa sebarang kerosakan. Lebih-lebih lagi jika barang yang anda jual adalah mahal atau jenis mudah rosak. Kerosakan barang yang dipos akan menyebabkan anda mengalami masalah dengan pelanggan dan mungkin akan menjejaskan reputas anda sebagai personal shopper.

Sumber: Traveltriangle

Itulah dia info tentang cara jadi personal shopper Malaysia yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang lima cara buat duit online.

Rujukan:

  1. 7 Langkah Pertama Buat Duit Menjadi Personal Shopper. Hasrulhassan
Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.