Majoriti wanita suka berbelanja untuk diri sendiri untuk kecantikan, bergaya dan makanan. Jadi, ramai yang berkata bahawa wanita ini boros dan tidak pandai menguruskan wang. Tidak seperti lelaki yang pandai cari wang dan gunakan ia untuk keperluan sahaja.

Silap ! Wanita kini lebih bijak dalam menguruskan wang dan cara-cara untuk mendapatkan wang lebih. Wanita kini banyak yang bekerjaya dan mencari rezeki sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Mungkin minoriti wanita suka berbelanja tetapi kemudian mereka akan cari cara untuk menggantikan semula wang yang dibelanjakan itu.

Jadi untuk menjadi wanita yang bijak menguruskan kewangan diri, apakah perkara yang perlu dilakukan?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 perkara wanita perlu lakukan untuk menguruskan kewangan diri dengan baik. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

10 Perkara wanita perlu lakukan untuk menguruskan kewangan

perkara perlu dilakukan wanita
Imej via ikonerxpedia.com

1. Perlu ada simpanan sendiri. Kalau ada duit lebihan, nafkah suami beri atau duit gaji, simpan. Jangan membazir pada benda yang bukan-bukan.

2. Tak perlu dan terlalu mengharap kepada pendapatan suami. Perlu juga ada pekerjaan tetap. Kau tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan. Jadi, kau perlu kuat dan mampu berdikari walau apa jua dugaan yang datang.

3. Ada perlindungan takaful. Perlindungan takaful bukan pelaburan. Peruntukan 10% daripada pendapatan untuk membina tabung takaful.

4. Tak perlu lah beli barang berjenama je. Produk tempatan pun banyak yang berkualiti dan cantik-cantik.

5. Jangan minta pakwe / tunang belanja makan tempat sedap, belanja tengok wayang. Setiap bulan minta hadiah. Lepastu kau kata dia tak menyimpan duit untuk kahwin dengan kau. Kalau boleh sama-samalah kumpul duit belanja kahwin ye. Nak hidup sama-sama juga kan lepas ni?

6. Tak perlu lah beli alat make up, baju, kasut, tudung banyak-banyak. Setiap kali beli baju baru mesti kena beli tudung lagi. Padahal tudung dah ada satu almari.

7. Tidak terlalu teruja dengan perkataan SALE / Jualan Murah. Beli apabila benar-benar perlu sahaja. Bila kau beli benda yang tak perlu, mungkin kau akan jual benda yang kau sayang nanti.

8. Tak perlu la beli baju, beg tangan, kasut yang sama warna bagai. Kalau ada 10 pasang baju berlainan warna, 10 buah beg tangan lah kau ada.

9. Tak perlu nak berlawan dengan jiran ataupun rakan sejawat. Kalau jiran beli gelang emas sampai sekerat lengan, kau pun nak lawan juga sampai sanggup berhutang bagai.

10. Tidak terlalu mengikut gaya dan trend terkini. Setiap kali ada keluaran tudung atau shawl terbaru, kau tak tergila-gila nak beli sebab tahu tudung dan shawl dah penuh satu almari. Baik guna duit tu untuk benda yang lebih penting.

*Berikut adalah 10 perkara yang perlu dilakukan untuk menjadi wanita yang bijak. Wanita yang boleh melakukan 10 perkara tersebut, Insyaallah dapat menguruskan kewangan dengan baik. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.