Gaji sudah masuk. Macam-macam benda kita sudah fikir sebelum gaji masuk. Nanti mahu beli baju baru, alat solek, pergi makan sedap-sedap di kedai mahal sedikit, tengok wayang dan pelbagai lagi. Semua itu perkara biasa bagi jiwa orang-orang muda yang tidak ada tanggungan apa-apa lagi.
Tetapi, nafsu ini perlu dikawal kerana ia akan membinasakan diri jika tidak dikawal dari mula. Ya, tidak salah untuk kita bagi ‘self reward’ tetapi kita perlu fikir juga masa depan kita. Jika gaji yang diterima setiap bulan kita asyik membelanjakannya sehingga kering akaun, bagaimana kita mahu membeli rumah untuk masa depan.
Takkan kita hanya mahu menyewa seumur hidup. Duit sewa rumah itu, jika dikumpulkan tiap-tiap bulan selama 3 tahun, duit itu kita boleh guna untuk bayar deposit rumah. Jadi, fikir-fikirkan lah. Jika gaji RM10,000 tidak mengapa tetapi kalau gaji RM2000, apa pun tidak dapat simpan. Takkan mahu simpan RM50 setiap bulan sahaja.
Zaman sekarang, semua memerlukan wang, masuk tandas awam pun perlu bayar 50 sen kerana upah jaga tandas. Tempat letak kereta juga perlu menggunakan kupon. Semua benda memerlukan duit, jika tiada duit, tidak berjalan semua benda. Habis itu, apa yang perlu kita buat jika gaji sudah masuk?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 perkara yang perlu buat apabila dapat gaji. Info ini dikongsikan oleh Encik Harith Faisal. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai hartanah secara santai. Selain itu, beliau juga selalu memberi motivasi mengenai kewangan untuk anak-anak muda di laman Facebooknya. Tips yang diberikan juga sangat mudah untuk difahami.
1. Patut simpan 10% untuk tabung kecemasan.
2. Patut bayar hutang PTPTN yang dah lama tertunggak.
3. Patut buat tabung kahwin nikah.
4. Patut transfer 10% ke Tabung Haji.
5. Patut bagi kat mak bapak sebahagiannya.
6. Patut fikir pasal tabung rumah.
7. Patut guna sikit duit untuk tambah ilmu.
8. Patut kena ada takaful perlindungan.
9. Patut kena mulakan pelaburan.
10. Patut bayar hutang kawan-kawan.
*10 perkara ini yang patut kita buat setelah terima gaji setiap bulan. Jika boleh, nombor 2 dan 10 itu wajib buat kerana kita tidak tahu berapa lama panjang hidup kita. Kalau boleh biarlah kita pergi tanpa meninggalkan sebarang hutan dan beban kepada keluarga kita. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.