Ramai yang ingin menceburi pelaburan saham. Cuma masih ragu-ragu kerana kurang tahu tentang saham. Pelaburan saham kebiasaannya merujuk kepada pembelian saham syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Banyak perkara berkaitan saham perlu ambil tahu.

Saham boleh kita jual dan beli. Bukan itu sahaja harga saham juga boleh turun dan naik..Untuk artikel kali ni kami tampilkan beberapa perkara berkaitan saham yang anda perlu tahu.

Perkara Berkaitan saham

Imej via Pixabay

Ingin Melabur Saham?10 Perkara Berkaitan Saham Yang Boleh Dijadikan Panduan

#1 Apa Itu Beli Saham

Saham itu bahasa mudahnya adalah share. Dengan membeli saham sesebuah syarikat, secara tidak lansung kita mempunyai share dalam sesebuah syarikat. Sikit atau banyak, kita tetap ada share dalam syarikat tersebut.

#2 Boleh Tak Beli Saham Syarikat Sdn. Bhd atau Perniagaan Enterprise

Tidak, kita cuma boleh beli saham di syarikat berstatus berhad sahaja. Sebab syarikat berhad bersumberkan dua modal iaitu modal sendiri serta modal tambahan. Modal tambahan juga terbahagi kepada dua, pinjaman bank atau membuka sahamnya untuk dibeli.

#3  Kenapa Lebih Baik Buka Pegangan Saham Untuk Dibeli Daripada Pinjam Bank?

Pinjaman bank melibatkan kadar faedah yang tinggi, risiko tinggi. Beban tersebut dikhuatiri oleh sesebuah syarikat. Membuka pegangan saham adalah lebih baik kerana kurang risiko & sumber modal yang baik.

#4 Selamat Ke Melabur Saham Ni?

Sangat selamat. Aktiviti pelaburan dan proses jual beli ini sentiasa dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Tak ada scam scam!

#5 Melabur Saham Ni Haram?

Di senarai Bursa Malaysia ada kaunter (syarikat) yang patuh shariah dan tidak patuh shariah. Semua akan ‘ditanda’. Semua ni dipantau oleh Majlis Penasihat Shariah dan mereka akan sentiasa menilai aktiviti perniagaan semua ni.

#6 Apa Beza Saham Di Bursa Dengan Main Forex Ni?

Saham melibatkan pembelian komoditi dan  perdagangan. Forex pula membeli mata wang atas mata wang. Fatwa Kebangsaan juga telah memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu  adalah haram.

#7 Kelebihan Pelaburan Saham

Kalian kan selalu bising bila unit amanah, Tabung Haji itu ini bagi sikit dividen kan? Jumlah dividen kalau mencarum di situ sekali setahun je dapat. Jumlah pun bergantung pada kecekapan fund manager tu handle pelaburan.

Kalau anda melabur sendiri, semua keuntungan anda yang tetapkan. Yang dapat dividen 3 kali setahun pun ada. Untung hari hari pun boleh.

#8 Macam Mana Nak Mula Melabur Saham?

Anda perlu daftar akaun CDS atau nama penuhnya Central Depository System. Cuma RM 10 sahaja. Anda boleh daftar di syarikat Broker Saham yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia seperti Kenanga, Maybank Investment, M+ Online dan lain-lain.

#9 Besar Ke Modal Nak Melabur Saham Ni?

Tak pun. Semua ikut kemampuan, ada duit lebih melabur lebih. Kurang sikit, melabur sikit. Minimum pembelian saham 1 lot yang bersamaan 100 unit sahaja. Ada je yang seunit berharga setengah sen dan seunit beratus ringgit pun ada.

Bursa ni macam Mall jugak. Anda nak mana anda pilih. Ikut kemampuan. Janji berbaloi.

Beli yang murah tak semestinya tak bagus, yang mahal tak semestinya bagus. Setiap pembelian perlu dibuat berdasarkan kajian anda. Ramai je yang mula melabur saham dengan modal RM 200 je mula mula.

#10 Macam Mana Nak Dapat Duit Dari Saham Dekat Bursa ni?

Ada dua cara. Satu dividen dan satu lagi capital gain. Ikut sesuai anda. Buat dua dua pun boleh. Ikut anda.

Keuntungan Dividen dan Keuntungan Pelaburan (Capital Gain)

Dividen

Dividen itu dibayar ikut keuntungan syarikat. Kalau dividen yang diberikan untuk seunit adalah 1 sen, anda darabkan dengan berapa unit yang anda ada. Kekerapan pemberian dividen ni ikut syarikat. Sesebuah syarikat memberikan dividen sebagai cara berkongsi keuntungan operasi syarikat kepada para pemegang saham mereka.

Ada yang bagi 1 sekali setahun. Ada juga bagi sampai 4 ke 5 kali setahun. Kena kaji guna kaedah Fundamental Analysis. Kena pandai cari kaunter yang bagi dividen lebih.

Terdapat 2 jenis dividen. Dalam bentuk tunai atau unit saham (bonus issue).

Jika dalam bentuk tunai, dividen akan dimasukkan terus ke dalam akaun simpanan atau akaun semasa yang didaftarkan semasa membuka akaun CDS.

Manakala jika pelabur layak mendapat dividen dalam bentuk unit saham, saham tambahan itu tadi akan dimasukkan ke dalam akaun CDS pelabur.

Dividen diberi berdasarkan prestasi sesebuah syarikat dan bukannya berdasarkan turun naik harga saham di pasaran.

Pelabur yang menjual saham sebelum tarikh ex-date tidak layak mendapat dividen. Pelabur yang membeli saham walaupun sehari sebelum tarikh ex-date layak mendapat dividen.

Capital Gains

Prinsip asas buat untung adalah beli harga rendah, jual harga tinggi atau beli harga tinggi, jual dengan harga lebih tinggi. Untung capital gain merujuk kepada perbezaan harga, atau dalam erti kata lain keuntungan buy low sell high.

Hah, nak dapat capital gains ni bahasa mudah dapat untung melalui kenaikan harga nilai saham seunit. Bahasa mudahnya, contoh dia beli awal awal seunit cuma 5 sen.

Lepas tu dalam beberapa ketika naik harga jadi 7 sen seunit. Jadi orang tu akan dapat 2 sen untung untuk setiap unit.

Kalau harga jatuh, lain cerita pulak la. Akan rugi. Cara Capital Gains ni perlu kan kesabaran dan kemampuan analisis yang tinggi. Perlu kuasai technical analysis untuk guna cara ni bagi meraih profit.

Harga Saham Berubah-ubah Setiap Hari.

Jadi apabila terlibat dalam pelaburan saham, anda perlu bersedia melihat turun naik harga saham dalam tempoh yang pendek. Tapi jika beli dengan cara yang betul maka kita pasti memperoleh untung berlipat kali ganda.

Apabila pasaran menaik, kita panggil sebagai bull market. Waktu ini memang ramai orang buat duit. Maklumlah, beli untung. Beli untung. Beli untung. Tak beli je rugi. Rugi tak buat untung.

Apabila pasaran menurun, kita panggil sebagai bear market. Waktu ini memang ramai orang hilang duit. Beli rugi. Beli rugi. Beli rugi. Tak beli pun rugi. Sebab waktu bear market ini lah masa terbaik untuk buat duit.

Jadi jangan takut beli saham kalau ada ilmu. Jangan takut beli saham kalau beli saham tu pakai duit lebih. Yang jadi takut terlebih itu adalah kalau ilmu pun tak ada, modal beli saham pun pinjam duit orang.

Rujukan

Rancangwang

Majalah Labur

 

 

 

 

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.