Lumrah manusia kalau ada duit lebih sikit mesti kita akan berbelanja dan menghabiskan duit untuk memuaskan nafsu. Ia bukannya perkara yang tidak elok kerana ia bagus untuk ekonomi negara berkembang kerana duit akan berpusing dalam negara.

Tetapi yang tidak bagus adalah kita berbelanja tanpa berfikir akibatnya nanti. Kadang-kadang kita berbelanja lebih daripada apa yang kita mampu dan ia boleh menyebabkan kewangan rosak disebabkan perbuatan kita.

Jika kita terlalu banyak hutang seperti rumah, pinjaman dan kereta, kita boleh diistiharkan muflis. Limit hutang adalah RM50k dan ke atas. Apakah perbuatan yang boleh membuat kita jatuh dan muflis?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 4 perbuatan yang boleh membuatkan muflis. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

4 Perbuatan yang boleh membuatkan muflis

perbuatan cepat muflis
Imej via sensasimedia.com

1) Beli barang mewah untuk bergaya

Suka mempamerkan barang hidup mewah. Budaya hidup dalam fantasi mewah, bergaya dan cantik di sosial media membuatkan kita banyak memhabiskan pendapatan dan simpanan yang ada.

Proses ini makan masa, kita akan mula sedar apabila hutang mula bertimbul, simpanan habis dan kita tidak tahu ke mana duit gaji menghilang.

2) Melabur tanpa pengetahuan

Ramai orang melabur tanpa pengetahuan yang mencukupi dan bergantung sepenuhnya kepada sifu. Tanpa mereka sedar, ia bukan seminar tetapi ruang sedut wang. Jika ingiin menjadi pelabur bukan hanya dengan menghadiri seminar tetapi dengan membaca buku dan fahami asas pelaburan.

3) Nak cepat kaya

Ingin menjadi kaya dengan cepat, maka kaedah ini akan membuatkan kita jadi cepat miskin. Berhati-hati dengan seminar yang ada perkataan kaya, jutawan dan sebagainya. Kita mudah terpesona dengan istilah jutawan tanpa kita sedar, kita berada dalam skim cepat kaya yang tersusun rapi.

4) Sukar berkata tidak

Kita mudah tertipu dengan semua permintaan orang. Apa saja bantuan, pertolongan, pinjaman kita berikan tanpa berfikir panjang. Jangan mudah percaya dan belajarlah berkata tidak atas apa saja permintaan yang melibatkan wang.

*Berikut adalah 4 perbuatan yang membuatkan kita jatuh dan muflis. Jika ingin berjaya, belajarlah daripda kesilapan dan jangan ulangi kesilapan tersebut. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.