Di Malaysia terdapat beberapa jenis buah rumah seperti rumah teres, rumah panjang, rumah minangkabau dan pelbagai. Rumah-rumah ini mempunyai keunikannya tersendiri kerana ia dibina mengikut peredaran masa. Rumah panjang dan rumah minangkabau dibina oleh suku kaum di Sarawak dan Negeri Sembilan. Rumah teres pula adalah rumah moden yang dibina pada zaman kini.
Setiap orang ingin memiliki sebuah rumah dan tinggal dengan senang dan bahagia. Terdapat beberapa jenis rumah yang kita boleh tinggal dan ada nostalgianya tersendiri. Sejak kecil kita dibesarkan di rumah ibu bapa kita dengan penuh kelengkapan daripada segi pakaian sehingga makanan. Ketika itu, kita berasa sangat seronok dan selesa kerana semua benda ibu bapa kita telah sediakan.
Tetapi apabila kita sudah besar, kita akan mula mencari kerja dan rumah tersendiri untuk diduduki. Waktu itu, kita akan mula sedar bahawa rumah adalah aset yang paling penting dalam kehidupan seharian kita. Setiap rumah mempunyai nostalgia atau ceritanya tersendiri. Apakah itu?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai perbezaan 7 jenis rumah yang mempunyai ‘nostalgia’. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.
Rumah yang kita mula duduk bila kerja atau mula kahwin. Bayar banyak manapun, ia tetap jadi rumah orang. Bukan rumah kita.
Ada rasa rindu suasana zaman dulu. Kita membesar dan cipta banyak kenangan disana.
Rumah yang kita wajib balik bila raya, cuma kena ikut giliran siapa dulu saja. Jangan menumpang mertua terlalu lama, mereka jadi tak selesa dan buat malu saja.
Biar kecil dan sederhana, janji boleh beli sofa IKEA dan kabinet dapur sendiri. Banyak kenangan suami isteri tersimpan disana. Cantik dan selesakan agar kebahagian terbina.
Rumah yang kita beli untuk disewakan dan laburkan untuk masa depan. Ia bantu wang kita berkembang.
Rumah nie kalau salah beli, bank akan ambil punya. Hutang wajib bayar, jangan malas malas punya. Nanti menyesal tak guna.
Itu kita punya, jaga baik baik jangan sampai dia terluka. Azam masuk syurga sama sama. Jangan kedekut dengan dia, doanya moga kita berjaya.
*Rumah yang kita miliki perlu dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang. Hal ini kerana rumah yang diduduki itu akan meninggalkan kenangan sama ada yang indah atau pahit. Jadi, jagalah dengan baik terutama ‘orang rumah’. Tanpa dia rumah tidak akan sempurna kerana tidak ada orang yang memeriahkan suasana di rumah. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.