Peratusan hasil tahunan atau lebih dikenali sebagai “Annual Percentage Yield (APY)” merupakan kadar pulangan tahunan yang tepat selepas mengambil kira kesan ke atas faedah penggabungan “compounding”. Dalam erti kata lain, APY atau peratusan hasil tahunan menganggap bahawa dana akan kekal dalam instrumen pelaburan selama 365 hari atau setahun penuh dan dikira berdasarkan formula berikut;
[(1 + kadar berkala)#piawai – 1]
APY atau peratusan hasil tahunan adalah sama dengan kadar peratusan tahunan di mana ia menyeragamkan kadar faedah pelbagai perjanjian kepada bilangan peratusan tahunan. Sebagai contoh, seandainya anda sedang mempertimbangkan sama ada ingin melabur ke dalam satu bon satu tahun tanpa bunga (one-year zero-coupon) yang membayar 6% pada tempoh matangnya atau ke dalam satu akaun pasaran wang yang mempunyai hasil yang tinggi (high-yield money-market), yang membayar 0.5% sebulan dengan penggabungan (compounding) bulanan.
Jika dilihat dari sudut perkiraan, hasil daripada kedua-dua pelaburan adalah sama di mana untuk akaun pasaran wang (0.5% x 12 bulan = 6%). Namun begitu, apabila kesan penggabungan (compoundin) dimasukkan, pelaburan kedua iaitu pelaburan ke dalam akaun pasaran wang akan menghasilkan hasil lebih banyak iaitu 6.17%. Ini adalah berdasarkan formula;
[1.005 ^ (12-1) = 0.0617]. 0.0617 bersamaan dengan 6.17%.
Kesimpulannya, peratusan hasil tahunan atau APY membantu para pelabur untuk membuat keputusan dalam memilih pelaburan yang lebih baik untuk mereka.