Ramai tertanya-tanya apakah jenis penyakit boleh claim SOCSO, dah bekerja lama ada potongan SOCSO, tapi masih tak jelas dengan faedahnya.

Adakah anda tahu bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) menyediakan faedah untuk pekerja yang menghidap penyakit tertentu? Namun ragu-ragu penyakit apa yang boleh dapat manfaat darinya.

Apa Itu Penyakit Boleh Claim SOCSO?

Penyakit yang boleh dituntut di bawah SOCSO merujuk kepada penyakit pekerjaan (occupational diseases) atau penyakit kritikal yang disenaraikan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Penyakit ini biasanya berpunca daripada persekitaran pekerjaan atau keadaan kesihatan tertentu.

Untuk pengetahuan anda, SOCSO menawarkan faedah melalui dua skim utama iaitu,

  1. Skim Bencana Pekerjaan. Ini untuk kecederaan atau penyakit akibat pekerjaan.
  2. Skim Keilatan. Ini untuk pekerja yang mengalami keilatan akibat penyakit yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
penyakit boleh claim socso
via [iradio]

Senarai Penyakit Boleh Claim SOCSO Malaysia

Berikut adalah senarai penyakit yang boleh dituntut di bawah SOCSO. Anda akan mendapat manfaat berupa tuntutan sekiranya mengalami penyakit seperti berikut.

1. Penyakit Berkaitan Pernafasan

Ini adalah penyakit yang boleh claim SOCSO, penyakit berkaitan paru-paru akibat habuk (contohnya adalah penyakit pneumokoniosis).

Sakit asma akibat kesan dari pekerjaan dan juga tuberkulosis (TB) bagi mereka yang bekerja dalam sektor berisiko tinggi seperti penjagaan kesihatan juga termasuk dalam kategori ini

2. Penyakit Kulit

Penyakit kulit seperti dermatitis akibat pendedahan bahan kimia serta penyakit kulit akibat kerja yang melibatkan getah atau bahan toksik. Jika penyakit kulit ini berlaku, cepat-cepat dapatkan doktor dan buat tuntutan SOCSO.

3. Penyakit Berkaitan Pendengaran

Bahaya sangat jika berlaku masalah pendengaran. Anda boleh kehilangan pendengaran akibat bunyi bising di tempat kerja (Noise-Induced Hearing Loss). Banyak pekerjaan yang berisiko seperti ini dan ia dilindung oleh SOCSO.

4. Penyakit Berkaitan Bahan Kimia

Selain itu, penyakit boleh claim SOCSO juga adalah keracunan akibat pendedahan kepada plumbum, merkuri, atau arsenik. Malah, jika berlaku penyakit akibat pendedahan radiasi, ia juga salah satu akibat bahan kimia.

5. Kanser Berkaitan Pekerjaan

Berlakunya penyakit kanser seperti kanser mesothelioma (disebabkan asbestos) dan kanser akibat pendedahan kepada bahan kimia karsinogenik. Ini penyakit yang sangat parah dan ia dilindungi oleh SOCSO.

6. Penyakit Otot dan Tulang (Musculoskeletal Disorders)

Bukan itu sahaja, penyakit otot dan tulang seperti Carpal Tunnel Syndrome dan sakit belakang akibat kerja fizikal berat atau postur kerja tidak sesuai juga boleh menuntut SOCSO. Jika ada apa-apa masalah berkaitan penyakit ini, anda perlu sedar dan ambil perhatian.

7. Penyakit Jantung dan Strok

Penyakit yang tak boleh dielakkan dan boleh berlaku secara tiba-tiba sahaja adalah penyakit jantung dan strok. Jangan buat tak tahu, ini adalah penyakit yang membolehkan anda claim SOCSO tau!

penyakit claim socso
via [orami]

Langkah-Langkah Buat Tuntutan SOCSO

Jika anda mengalami apa-apa tanda penyakit, pastikan anda buat pemeriksaan di klinik atau hospital untuk memastikan benar-benar jelas dengan penyakit yang dialami itu. Selepas pengesahan penyakit, apa yang perlu anda buat?

Jom baca panduan lengkap di bawah. Cara dan langkah buat tuntutan SOCSO jika penyakit yang anda alami tersenarai di atas.

1. Dapatkan Diagnosis Doktor

Pastikan anda mendapatkan laporan perubatan daripada doktor bertauliah yang mengesahkan penyakit anda berkaitan dengan pekerjaan.

2. Isi Borang Tuntutan

Muat turun borang tuntutan SOCSO melalui laman web rasmi SOCSO atau dapatkannya di pejabat SOCSO terdekat.

3. Hantar Dokumen Sokongan

Pastikan anda menyediakan dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Slip gaji terkini.
  • Laporan perubatan.

4. Hantar Tuntutan

Akhir sekali adalah, anda perlu menyerahkan borang dan dokumen lengkap di pejabat SOCSO. Pastikan borang dan dokumen anda lengkap, tepat dan betul supaya tidak berlaku masalah di kemudian hari.

5. Tunggu Kelulusan

Pihak SOCSO akan menilai tuntutan anda. Jika diluluskan, anda akan menerima faedah seperti bayaran perubatan, elaun keilatan, atau faedah hilang upaya.

Jangan risau, semuanya akan berjalan lancar. Anda perlu fokus untuk merawat dan menjaga diri anda. Itu yang lebih penting. Tuntutan SOCSO ini akan banyak membantu anda kelak.

Penting Tahu Penyakit Boleh Claim SOCSO?

Ya, sangat penting untuk anda tahu kerana mengetahui hak anda sebagai pekerja bertujuan untuk anda melindungi diri daripada risiko kewangan jika menghadapi penyakit akibat pekerjaan.

Dengan tuntutan SOCSO, anda boleh mendapatkan bantuan kewangan dan rawatan perubatan yang diperlukan tanpa membebankan diri.

SOCSO adalah penyelamat bagi pekerja yang mengalami penyakit akibat pekerjaan atau keilatan. Dengan memahami senarai penyakit boleh claim SOCSO dan proses tuntutan, anda dapat memastikan hak anda dilindungi.

Jika anda mengalami sebarang penyakit berkaitan pekerjaan, jangan berlengah untuk membuat tuntutan dan mendapatkan bantuan yang layak.

Semoga bermanfaat.

Jemput baca artikel berikut:

Tips urus kewangan sebelum raya

Langkah claim insurans kereta kena banjir

Cara jana pendapatan untuk pesara

Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.