“Defined-benefit plan” atau dalam bahasa Melayunya, pelan manfaat ditentukan merupakan pelan persaraan yang ditaja oleh majikan di mana manfaat-manfaat pekerja disusun berasaskan satu formula, menggunakan faktor-faktor seperti sejarah penggajian dan tempoh bekerja pekerja.

Pengurusan risiko pelaburan dan portfolio di bawah kawalan syarikat sepenuhnya. Terdapat juga batasan atau halangan untuk bila dan bagaimanan pekerja boleh mengeluarkan dana tanpa dikenakan penalti. Pelan manfaat ditentukan juga dikenali sebagai pelan manfaat diluluskan atau pelan manfaat tidak diluluskan.

Selain itu, dana jenis ini berbeza daripada kebanyakan dana pencen di mana pembayaran adalah agak bergantung kepada pulangan daripada dana yang dilaburkan. Oleh itu, majikan adakalanya perlu menggunakan pendapatan syarikat apabila pulangan dana menyebabkan pengurangan pada dana.

Tambahan lagi, bayaran yang dibuat kepada pekerja-pekerja yang akan bersara yang menyertai pelan manfaat ditentukan adalah ditentukan oleh faktor-faktor seperti umur dan tempoh pekerja bekerja dengan syarikat.

Pelan manfaat lulus cukai juga mempunyai ciri-ciri yang sama seperti pelan manfaat ditentukan, namun boleh menyebabkan benefisiari pelan tersebut dengan insentif cukai tambahan, yang mana tidak diberikan di dalam pelan manfaat tidak diluluskan.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.