Pelaburan hartanah. Anda pernah membuat pelaburan? Tahu tak apa itu pelaburan? Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga, yang mana kata asasnya adalah labur. Yang bermaksud meletakkan sejumlah wang sebagai modal untuk sesuatu usaha dengan tujuan memperoleh keuntungan yang berlipat ganda.

Di Malaysia terdapat beberapa pelaburan yang sah menjadi pilihan ramai. Antaranya pelaburan emas dan perak, pelaburan saham amanah (unit trust), pelaburan dengan produk PNB seperti ASN dan ASB. Ini juga termasuk pelaburan tabung haji, pelaburan saham dan pelaburan hartanah.

pelaburan hartanah

Imej via Pixabay

Semua pelaburan ada risikonya. Namun pelaburan dalam bidang hartanah adalah pelaburan yang paling menguntungkan dan risiko rendah, cuma memerlukan modal yang tinggi. Pelaburan hartanah dan property ini melibatkan urusniaga jual beli atau sewa tanah, rumah kediaman, lot kedai, kilang, resort atau homestay.

Kenapa Pelaburan Hartanah Terbaik?

Mesti ramai yang nak tahu kenapa hartanah merupakan pelaburan yang terbaik.

Pendapatan Pasif

Hartanah adalah alat yang bagus untuk gandakan wang dengan hutang iaitu hutang baik. Ia hutang yang membuatkan kita lebih kaya. Dan mungkin hartanah antara pelaburan paling cepat membuatkan kita lebih kaya sebab kita boleh leverage pinjaman bank. Bank berlumba-lumba bagi pinjaman perumahan sebab ia aset yang sangat ‘secure’ bagi bank.

Harga rumah makin lama makin naik. Kalau tak duduk, ia boleh disewakan. Kita boleh dapat “passive income” bulanan dengan hartanah. Hasil duit sewa, boleh cover duit pinjaman bank, seolah-olah orang lain bayarkan rumah yang akhirnya jadi milik kita.

Katakanlah lepas 5 tahun beli rumah dan kita tak mampu bayar, kita boleh jual jer rumah tu dengan harga yang lebih tinggi. Dan katakanlah kita mati, rumah tu 100% jadi milik keluarga (ahli waris) secara percuma kalau kita ambil perlindungan takaful. Itulah kelebihan hartanah.

Salah satu manfaat terbesar untuk pendapatan yang menghasilkan pelaburan hartanah adalah pelaburan ini menjamin aset. Ini menyediakan aliran pendapatan tetap yang jauh lebih tinggi daripada hasil dividen biasa.

Dapat Beli Aset Lain

Satu lagi ciri penting pelaburan hartanah komersial adalah keupayaan untuk meletakkan hutang ke atas aset, yang harga lebih kurang beberapa kali dari ekuiti asal. Ini membolehkan anda membeli lebih banyak aset dengan wang yang sedikit dan dapat membiak nilai aset dan meningkatkan ekuiti apabila pinjaman dibayar.

Nilai Fizikal Aset Meningkat

Penghasilan harta adalah salah satu daripada pelaburan yang mempunyai nilai yang bermakna. Tanah mempunyai nilai, seperti strukturnya sendiri, dan pendapatan yang dihasilkannya mempunyai nilai kepada pelaburan masa depan. Hal ini kerana, hartanah tidak mempunyai susut nilai yang ketara.

Tiada Susut Nilai

Dari masa ke masa, inflasi yang terlibat secara langsung dalam ekonomi secara drastik mengurangkan kuasa beli. Walau bagaimanapun, pendapatan yang dihasilkan oleh pelaburan hartanah memberikan impak dan nilai penghargaan yang tinggi kepada hartanah. Pelaburan ini melebihi jenis pelaburan yang lain.

Hal ini disebabkan, hartanah tidak dipengaruhi oleh susut nilai meskipun berlaku inflasi dalam negara.

Oleh yang demikian tidak hairan ramai kini menjadikan hartanah satu pelaburan. Berbanding pelaburan lain, pelaburan hartanah dapat dikawal oleh pelabur sendiri. Ini kerana pelabur yang mengurus semua pelaburannya.

Pelaburan Yang Mudah

Walaupun nak beli hartanah banyak kertas kerja perlu dilakukan, tapi masih mudah. Yang penting, anda dah sedia maklum dengan proses membeli. Dari proses membayar booking atau deposit, hingga dapat kunci rumah.

Selagi kewangan anda cantik, anda dah boleh mula buat kajian untuk cari hartanah pelaburan yang baik.

Lepas dah buat segala kajian yang perlu (due diligence) dalam bab valuasi harga dan kondisi hartanah, anda boleh kurangkan risiko. Samada terbeli hartanah yang tidak ada potensi buat untung, atau hartanah yang terlebih mahal.

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.