Setiap kerjaya pekerjaan mempunyai tahap gajinya yang tersendiri. Jika kerjaya yang profesional, ia memerlukan kelulusan yang selayak dengannya. Gajinya juga agak tinggi berbanding dengan kerjaya lain yang bukan profesional. Bagi para graduan yang baru sahaja tamat belajar, mereka perlu mencari kerja dengan bersesuaian dengan bidang yang mereka ambil.

Mengikut masa kini, terdapat 10 pekerjaan yang menawarkan gaji yang agak tinggi berbanding kerja lain bagi graduan yang baru tamat belajar. Antara 10 pekerjaan ini, ia memerlukan kelulusan dalam bidang yang diperlukan dan pengalaman. Apakah pekerjaan-pekerjaan tersebut?

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai 10 pekerjaan yang menawarkan gaji yang tinggi untuk graduan baru. Info ini dikongsikan oleh Encik Afyan Mat Rawi. Beliau merupakan Consultant di INFAQ Consultancy dan Islamic Financial Planner (IFP). Beliau juga gemar berkongsikan tips mengenai kewangan di laman Facebook nya.

10 Pekerjaan yang menawarkan gaji tinggi bagi graduan baru

Imej via Facebook

1. Farmasi

2. Strategi korporat

3. Perkhidmatan kewangan

4. Doktor

5. Jualan/Kejuruteraan/IT

6. Geofizik

7. Penerbangan

8. Sains aktuarial

9. Korporat

10. IT-Perisian

Saya tertarik dengan item nombor 3.

Majoriti pekerjaan lain, memerlukan kelayakan akademik yang bersesuaian dengan bidang pengajian.

Contohnya, nombor 1, pekerjaan dalam bidang farmasi sudah tentu memerlukan kelayakan akademik dalam bidang farmasi. Baru layak bekerja sebagai juru farmasi.

Jika sebagai jurujual di farmasi, atau admin di farmasi, memang tak memerlukan kelayakan akademik sebagaimana juru farmasi, tapi sudah te tu tidak dapat gaji sebagaimana gaji farmasi.

Atau nombor 4, pekerjaan sebagai doktor sudah tentu memerlukan kelulusan dalam bidang perubatan.

Tapi bagi pekerjaan di tangga ke-3, pekerjaan dalam bidang perkhidmatan kewangan, tidak semestinya memerlukan kelulusan dalam bidang kewangan.

Antara kerjaya dalam bidang ini ialah sebagai konsultan kewangan dan takaful.

Dan yang menariknya, ia boleh dijalankan secara part time.

*Selain daripada kerjaya yang disenaraikan di atas, kerjaya lain seperti membuat bisnes sendiri juga membawa keuntungan yang besar jika bisnes itu berjalan dengan lancar. Cuma perbezaannya, risiko membuat bisnes sendiri lebih tinggi. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.