Siapa yang tak nak pekerjaan dengan gaji tinggi, kan? Namun, bukan semua pekerjaan membayar sama rata. Ada beberapa pekerjaan yang menawarkan pendapatan lumayan jika anda sanggup berusaha keras dan melengkapkan diri dengan kemahiran tertentu.

Jom lihat apakah jenis pekerjaan gaji tinggi yang menjadi impian ramai dan apa yang diperlukan untuk mencapainya.

pekerjaan gaji tinggi
via [linov]

1. Doktor Pakar

Doktor pakar seperti pakar bedah, kardiologi, atau neurologi sering berada di puncak senarai pekerjaan gaji tinggi.

Gaji doktor pakar boleh mencecah RM20,000 hingga RM50,000 sebulan, bergantung kepada kepakaran dan pengalaman. Ia memerlukan pendidikan perubatan yang panjang dan latihan pakar yang intensif.

2. Juruterbang

Kerjaya sebagai juruterbang menawarkan gaji yang menarik, ditambah pula dengan peluang melancong ke seluruh dunia. Gaji dalam lingkungan RM15,000 hingga RM35,000 sebulan untuk juruterbang yang berpengalaman. Anda perlu ada lesen penerbangan komersial, latihan intensif, dan pengalaman terbang yang cukup.

3. Pakar IT dan Data Scientist

Dalam dunia digital hari ini, pakar IT dan data scientist sangat diperlukan oleh syarikat besar. Anda boleh mendapat tawaran gaji sebanyak RM10,000 hingga RM30,000 sebulan, bergantung kepada industri dan kemahiran. Jawatan ini memerlukan kemahiran dalam analisis data, kecerdasan buatan (AI), dan pembangunan perisian.

4. Ahli Kewangan dan Penasihat Pelaburan

Sekiranya anda pandai mengurus wang dan memberi nasihat pelaburan, kerjaya ini boleh membawa pendapatan besar. Anggaran gaji dalam RM8,000 hingga RM25,000 sebulan, termasuk bonus tahunan. Anda perlu ada ijazah dalam kewangan atau ekonomi, lesen profesional seperti CFA, dan pengalaman kerja.

5. Pengarah Kreatif (Creative Director)

Dalam industri hiburan, fesyen, dan pemasaran, pengarah kreatif bertanggungjawab menghasilkan konsep yang luar biasa. Anda boleh buat pendapatan sebanyak RM10,000 hingga RM25,000 sebulan. Namun, ia memerlukan pengalaman bertahun-tahun dalam bidang kreatif dan portfolio yang mengagumkan.

6. Pakar Undang-Undang (Peguam Korporat)

Tak sangka banyak bidang yang gaji tinggi ni. Salah satunya adalah peguam yang pakar dalam undang-undang korporat, jawatan ini sering memperoleh pendapatan tinggi kerana tanggungjawab besar mereka.

Jumlah gaji adalah RM8,000 hingga RM20,000 sebulan. Mereka perlu mempunyai Ijazah undang-undang, lesen peguam, dan kepakaran dalam undang-undang syarikat.

pekerjaan gaji tinggi
via [thesun]

7. Pakar Minyak dan Gas

Ramai yang tahu bahawa industri minyak dan gas terkenal dengan pekerjaan bergaji tinggi, terutama untuk jurutera dan pekerja di pelantar minyak.

Gaji mereka dalam anggaran RM10,000 hingga RM30,000 sebulan, bergantung kepada lokasi dan jawatan. Kelayakan untuk memegang jawatan ini adalah Ijazah kejuruteraan, pengalaman dalam industri, dan kemampuan bekerja dalam persekitaran mencabar.

8. Pengurus Projek

Pengurus projek dalam sektor pembinaan, teknologi, atau tenaga sering menerima bayaran yang lumayan. Pendapatan mereka lebih kurang RM8,000 hingga RM20,000 sebulan. Pengurus projek memerlukan sijil profesional seperti PMP dan kemahiran pengurusan yang mantap.

9. Pengurus Pemasaran Digital

Dalam era digital, pemasaran digital adalah komponen penting untuk perniagaan, dan mereka yang pakar dalam bidang ini dibayar tinggi. Anda boleh buat duit sebanyak RM7,000 hingga RM18,000 sebulan jika pakar dalam SEO, SEM, media sosial, dan kemahiran analitik.

10. Pengusaha dan Usahawan Berjaya

Walaupun bukan semua usahawan berjaya dengan segera, mereka yang mampu mencipta perniagaan yang menguntungkan boleh mendapat pendapatan tanpa had.

Pendapatan usahawan bergantung kepada kejayaan perniagaan malah boleh mencecah jutaan ringgit setahun!

Tiada sijil tidak mengapa, namun memerlukan keberanian, kreativiti, dan ketahanan untuk menghadapi cabaran serta ilmu perniagaan.

pekerjaan gaji tinggi
via [hellowork]

Bagaimana Memilih Pekerjaan Gaji Tinggi yang Sesuai?

1. Kenali Kemampuan Anda

Anda perlu memilih bidang yang sesuai dengan minat dan kemahiran anda. Jika anda ada skill atau ilmu berkaitan sesuatu bidang, fikirkan cara buat duit melaluinya.

2. Pelaburan Dalam Pendidikan

Kebanyakan pekerjaan bergaji tinggi memerlukan pendidikan tinggi, latihan khusus dan juga training. Anda perlu melabur untuk mendapatkan ilmu supaya dapat tingkatkan gaji serta mencapai kerjaya yang menawarkan gaji tinggi.

3. Pilih Trend Pasaran

Fokus pada bidang yang berkembang seperti teknologi dan pemasaran digital. Trend pasaran terkini yang ramai orang perlu membuka peluang untuk anda menceburkan diri dan berjaya kerana permintaan yang tinggi.

Akhir kata, jika anda betul-betul ingin menceburi dalam bidang pekerjaan berikut, penting sekali, perlu ada usaha dan perancangan yang betul. Tidak mustahil anda boleh memiliki pekerjaan gaji tinggi sebegitu.

Jom baca juga,

Tips gandakan pendapatan walaupun gaji rendah

Kesilapan urus wang pada usia 40-60 tahun

12 Aplikasi buat duit dan extra income

Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.