Kehidupan kita ini sekejap sahaja, rasa semalam baru mula melangkah masuk ke alam persekolahan dan kini kita sudah tamat pelajaran di peringkat diploma/ijazah/master/phd. Usia kita juga semakin meningkat dan banyak perkara yang kita perlu uruskan dengan sendiri. Kita tidak boleh lagi menjadi beban tanggungan ibu bapa.
Apabila sudah tamat belajar, kita akan bermula dengan mencari kerja yang sesuai dengan kursus yang kita ambil semasa di Univertsiti. Setelah dapat pekerjaan yang sesuai, kita akan mula nampak gambaran bagaimana kehidupan di alam pekerjaan. Biasa kalau gaji pertama memang akan digunakan untuk pergi membeli belah, pergi bercuti dan sebagainya. Ia dikatakan sebagai ‘self reward’.
Tetapi kita perlu fikir tentang masa depan kita juga. Kita tidak boleh selewang-lewangnya membelanjakan gaji kita itu tanpa ada hala tujuan. Jadi, kita perlu tahu cara untuk menguruskan wang untuk masa depan kita.
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 panduan menguruskan wang untuk graduan muda yang baru bekerja. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.
1. Suka menabung. Menabung itu mudah tetapi sukar untuk dibuat. Jika tak konsisten, gaji kau akan hilang entah ke mana.
2. Buat tabung kumpul Si Hijau atau Si Oren supaya dapat memupuk minat untuk menyimpan. Bila tengok tabung dah banyak dengan Si Hijau atau Si Oren, mesti kau orang akan teruja. Nak belanjakan pun rasa sayang. Tak percaya, cubalah buat.
3. Masa bujang, dia mampu untuk menyimpan lebih banyak. 50%-70% daripada gaji. Sebabnya kurang komitmen. Jangan asyik makan dekat kedai hipster je. Dah la makanan sikit, kenyang sekejap je. Ada GST pula tu.
4. Buat bajet bulanan supaya perbelanjaan tidak lari daripada yang sepatutnya. Jika kau orang gagal untuk merancang, kau orang merancang untuk gagal.
5. Kurangkan berjalan-jalan ke luar negara dengan awek sebab nak cipta kenangan indah bersama. Tetapi menyimpanlah bersama untuk buat deposit rumah dan tabung perkahwinan. Lepas dah kahwin, bolehlah pergi berjalan sama-sama.
6. Ayuh melabur dalam instrumen pelaburan yang diyakini dan dijamin kerajaan secara konsisten. Dia buat ASB Financing, unit amanah ataupun potongan ke Tabung Haji.
7. Jom tangguhkan kehendak. Hidup di bawah kemampuan. Biarkan orang lain bergaya dan up to date. Yang penting dia tahu pengorbanan untuk 5 tahun yang pertama ini akan buat dia senang untuk 30 tahun yang akan datang.
8. Kurangkan perbelanjaan dan tambahkan pendapatan. Ada banyak cara untuk menambah pendapatan. Jual secara online, dropship, ejen takaful dan sebagainya.
9. Ansuran kereta jangan mahal. Kereta kau ansuran dekat RM800 sebulan. Duit minyak kereta dah RM300. Habis dekat separuh gaji. Boleh je kan beli kereta ansuran murah, baki gaji dapat beli rumah.
10. Gaji tinggi tak guna jika ada hutang yang banyak. Ini tak, semua hutang kau bantai. Nak kahwin pun berhutang. Beli perabot, telefon pintar pun berhutang.
*Berikut adalah panduan untuk menguruskan kewangan bagi graduan yang baru mula bekerja. Mula, ia memang agak susah untuk tetapi jika kita konsisten, Insyaallah akan nampak hasilnya. Setiap kejayaan perlu bermula dari bawah. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.