Anda dipanggil untuk menghadiri temuduga kerja? Pasti ada calon yang gelabah atau tidak bersedia. Jadi anda perlu ada panduan menghadiri temuduga kerja.

Biar kita bersedia awal supaya tidak kelam kabut nanti. Takut ada yang terlepas kerja impian anda.

panduan menghadiri temuduga kerja

Imej via Pixabay

Panduan Menghadiri Temuduga Kerja

Sebenarnya panduan menghadiri temuduga kerja ini perlu untuk anda. Jika kita dah bersedia jadi segala urusan pada hari temuduga akan jadi mudah.

Sebelum Temuduga

Buat kajian, sediakan semua maklumat dan bersedia

Setelah mendapat panggilan untuk temuduga, buat kajian berkenaan syarikat itu. Cari maklumat latarbelakang perniagaan mereka.

Cuba ingat beberapa fakta dan latih diri anda untuk menjawab sebarang soalan yang mungkin ditanya.

Rancang perjalanan ke tempat temuduga

Kenalpasti kawasan tempat temuduga dan rancang tempoh perjalanan anda ke sana untuk mengelakkan anda sesat. Buat anggaran masa tambahan sekiranya terdapat kemalangan atau trafik sesak.

Seelok-eloknya anda tiba 10-15 minit lebih awal sebelum waktu temuduga bermula. Jika anda menggunakan pengangkutan awam, keluar rumah lebih awal.

Sediakan segala dokumen, portfolio dan bawa dua batang pen

Siapkan semua dokumen dalam salinan asal dan juga salinan fotokopi. Sekiranya anda ada fail portfolio, bawa sekali semasa temuduga. Sediakan dua batang pen. Andai kata satu batang pen tiba-tiba kehabisan dakwat, sekurang-kurangnya anda selamat dan tak perlu meminjam semasa nak isi borang.

Sila berpakaian kemas dan bersesuaian.

Pastikan pakaian anda untuk business formal atau business casual. Bagi calon wanita, baju kurung selalu sesuai untuk banyak keadaan. Tambahkan dengan blazer berwarna gelap. Seluar panjang/skirt labuh melebihi paras lutut juga sesuai.

Semasa Temuduga

Beri salam dan hormati ahli panel

Ketuk pintu sebelum masuk dan duduk hanya apabila disuruh. Berikan salam, greet selamat pagi/tengah hari atau jabat tangan panel penemuduga sekiranya dihulurkan tangan.

Eye contact

Pastikan anda memandang tepat ke mata dan wajah penemuduga apabila menjawab soalan. Sekiranya anda berasa terlalu gugup dan tak mampu bertentang mata, anda boleh cuba memandang batang hidung atau kening mereka.

Jika ada dua atau tiga orang penemuduga, pastikan anda menjawab sambil bertukar-tukar eye contact pada setiap penemuduga. Selang-selikan pandangan kerana ini boleh menunjukkan anda seorang yang sangat berkeyakinan tinggi.

Tanya soalan yang bernas

Tanyalah soalan yang memberikan gambaran bahawa anda memang berminat untuk bekerja di situ. Pastikan soalan anda sesuai dengan syarikat tersebut.

Ambil masa seketika untuk menjawab setiap soalan

Elakkan tergopoh-gopoh sampai memotong cakap penemuduga. Tunggu sehingga soalan habis ditanya, tarik nafas dan jawab dengan penuh keyakinan. Fikir perkataan dan frasa sesuai yang perlu digunakan.

Tona suara yang digunakan juga perlu dalam nada yang rendah dan formal, jangan cakap dengan suara nyaring. Cuba fokus kembali sekiranya terganggu.

Selepas Temuduga

Ucap terima kasih

Sebelum keluar dari bilik temuduga, ucapkan terima kasih atas masa yang mereka luangkan kepada anda dan salam tangan sekiranya perlu.

Hantar email follow-up

Yang ini sebenarnya terpulang kepada anda. Ada sesetengah majikan suka dapat email macam ni, ada yang tak suka. Jika anda rasa ada isi penting yang unik dan menarik semasa temuduga, silakan berbuat demikian dan serlahkanlah poin itu dalam email anda. Email follow-up ni selalunya dihantar dalam masa 24 jam selepas ditemuduga.

Jangan hantar email dan resume dalam bahasa SMS. Gunakan ejaan penuh, konstruk ayat yang betul dengan tatabahasa yang betul.

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.