Sebelum membeli rumah, pasti kita akan melihat terlebih dahulu rumah dan kawasan keliling rumah untuk memastikan bahawa ia selamat diduduki. Lebih-lebih lagi kawasan rumah yang kita tidak pernah tinggal dan ada pengalaman tinggal di situ.

Jika kita tanya ejen jual rumah, pasti mereka akan kata kawasan rumah tersebut selamat dan bersih. Tetapi lebih baik jika kita sendiri yang membuat ‘research’ kawasan rumah tersebut. Ia dapat memuaskan hati kita sendiri.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips panduan mudah melawat rumah sebelum membelinya. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

Panduan sebelum membeli rumah

panduan melihat rumah
Imej via Facebook

1. Lawatan Lebih Dari Sekali

Semakin banyak lawatan kita semakin banyak maklumat kita dapat. Datang dan beramah mesra dengan jiran sekitarnya.

2. Lawatan Waktu Berbeza.

Amati juga kawasan kediaman tersebut waktu malam, berapa banyak lampu yang terpasang. Parking penuh kenderaan dapat dilihat malam

3. Lawatan Waktu Hujan.

Kebocoran hanya ada waktu hujan, begitu juga banjir melanda kawasan.

4. Tanya Jiran, Tanya Gerai Makan

Ini sumber maklumat kawasan, gosip persekitaran mereka pegang. Siapa janda atau adalusia, dalam gengaman.

5. Pengawal Keselamatan Sumber Maklumat

Mereka tahu jenayah banyak atau sikit. Siapa kena tumbuk muka semua rekod mereka ada.

6. Matahari Petang Jatuh Dimana

Kita tahu unit kita bakal panas atau jadi sejuk nanti. Elak beli rumah yang kena matahari petang.

7. Jangan Datang Seorang

Teman kita akan komen benda yang tak kena dari kaca matanya, kita mungkin dah suka gila, tak nampak kelemahan yang ada.

8. Tekanan Air Tinggi

Ada kawasan tekanan air rendah waktu pagi terutama rumah yang tinggi.

9. Pekerjaan Jiran Tetangga

Kerja dan pemikiran saling bergantungan, jika kawasan kediaman banyak jururawat. Peluang kita kena ngorat itu ada.

10. Projek Akan Datang

Apakah projek akan datang sekitar kediaman itu, jika ada AEON , MRT atau pasaraya boleh jadi ia makin berharga.

11. Jangan Kagum Rumah Contoh.

Lihat juga unit yang kosong juga, kos cantikkan rumah contoh telan banyak biaya sebab itu lawa gila.

12. Bila Waktu Puncak.

Ada kala waktu puncak kekediaman itu sesak teruk. Cuba datang beberapa waktu berbeza untuk lihat keadaan sekitar. Jangan lepas beli baru kita menyesal nak balik rumah susah sebab jam teruk.

*Berikut adalah panduan-panduan melihat rumah sebelum membelinya. Ingat, jangan mudah mengenai perkara-perkara ini kerana ia akan melibatkan keselamatan diri dan keluarga. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.