Selepas tamat pengajian di mana-mana Universiti, para graduan akan berpusu-pusu mencari kerja dalam bidang yang mereka ceburi. Masa yang mereka ada tidak dilengah-lengahkan lagi, kerana mereka ingin mencari kerja dan mulakan hidup baru di alam pekerjaan. Tetapi angan yang diidamkan tidaklah seperti yang diingini.
Pelbagai perkara yang perlu difikirkan selepas masuk ke alam pekerjaan. Sebagai contoh, hutang PTPTN. Apabila meminjam, kita perlu membayar semula sama ada bayar ke semua sekali gus atau ansuran. Terpulang kepada individu itu sendiri. Selain itu, kos sara hidup sendiri juga perlu difikirkan kerana zaman sekarang kos sara hidup amat tinggi.
Jika tinggal dengan ibu bapa, maka ringan sedikit beban kerana sudah ada tempat tinggal dan makan di rumah sahaja, lebih jimat. Oleh itu, duit gaji yang diterima tidak boleh sewenang-wenangnya dibelanjakan tanpa perlu fikir kesannya di masa depan. Ia akan membawa kemudaratan kepada diri.
Jadi, sebelum kita menjadi hamba kepada hutang, baik kita ambil tindakan terlebih dahulu.
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 panduan bagi graduan muda untuk elak daripada berhutang banyak. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.
Jika kau tak mampu tambah pendapatan, kau kena kurangkan komitmen. Kau kena ubah gaya hidup. Biarlah orang lain cakap kau kedekut nak berbelanja asalkan kau tahu tangan kanan kau suka menderma.
Biarlah orang lain pakai kereta import mewah, kau pakai Axia je. Biarlah orang lain bercuti dekat Eropah, kau bercuti dekat Pulau Langkawi saja. Tak perlu nak bermegah-megah ataupun pura-pura kaya semata-mata untuk dapatkan pujian. Bersyukur dengan apa yang ada, nanti rezeki akan lagi bertambah.
Jika kau tak pandai uruskan kad kredit jangan buat dan jangan guna. Jika sebulan terlepas bayar, profit bank akan naik.. Jika pandai gunakan sebaiknya, boleh teruskan.
Gunakan kad debit saja. Kau ada hutang PTPTN tapi bayar tak konsisten, jangan harap kau nak bayar hutang kad kredit tepat pada masanya. Kau kan sibuk travel dan juga sibuk main Facebook je memanjang.
Semua orang tahu pasal buat bajet / belanjawan ni. Tapi sukar untuk laksanakan. Mulakan buat bajet ringkas seperti senaraikan semua komitmen / hutang yang perlu dibayar setiap bulan. Senaraikan perbelanjaan untuk sebulan dan juga kos sara hidup. Gunakan aplikasi My Tabung daripada BNM untuk memudahkan kau merangka bajet.
Jadilah orang yang bijak merancang. Dengan membuat bajet kau akan lebih mudah dan bijak untuk menguruskan kewangan. Sekurang-kurangnya kau tahu ke mana duit kau orang pergi.
Fikir sekali lagi jika mahu berhutang semata-mata untuk majlis perkahwinan. 5 tahun bercinta, 50 kali makan tempat mewah, 70 kali bercuti bersama mencipta kenangan tapi langsung tak terfikir nak bina tabung kahwin?
Jangan ikut sangat nasihat suruh pergi travel sana-sini pada usia muda. Sampai nak kahwin pun kena buat pembiayaan peribadi.
Jauhi juga pembiayaan peribadi jika mahu melabur dalam skim cepat kaya. Ataupun sebarang pelaburan yang MENJANJIKAN PULANGAN YANG LUMAYAN.
Anak muda sekarang baru kerja beberapa bulan je sudah nak beli kereta import mewah. Terus nak buat kad kredit. Gaji kau tu ciput. Sedar-sedar la diri. Cuba la hidup di bawah kemampuan terlebih dahulu. Tangguhkan kehendak. Simpan dan teruskan menyimpan.
Ingatlah bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Kau boleh pilih mana yang kau nak. Nak hidup senang dulu atau nak susah dulu? Fikir-fikirkan ye .
Bila dah dapat gaji ataupun pendapatan, terus tolak 10% daripada gaji tersebut. Simpan dan jangan guna. Jadikan ia sebagai tabiat menabung untuk kegunaan jangka masa panjang.
Jika terguna untuk beli kehendak, gantikan balik dengan 30% sebagai denda kepada diri sendiri. Apabila gaji mula meningkat, mulakan melabur di tempat yang diyakini dan terjamin. Antaranya unit amanah ataupun ASB Financing.
Jangan malu kau buat bisnes online ataupun berniaga kecil-kecilan. Tapi malu lah, ada hutang berlambak tapi masih taknak ambil apa-apa tindakan. Banyak kau boleh buat, antaranya jadi runner, dropship, ejen takaful, dan sebagainya. Dapat cover barang dapur jadi lah.
*Banyak perkara yang masih belum kita ketahui dan nampak dalam alam pekerjaan ini. Mungkin, kita fikir jika sudah kerja dan ada income sendiri hidup kita akan senang tetapi tidak. Gaji yang diterima itu perlu digunakan dengan penuh berhemah dan jimat. Apa yang penting, kita perlu ada simpanan untuk masa depan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Sila baca artikel asal di sini.