Lelaki yang bijak menguruskan kewangan adalah lelaki yang dapat membeli rumah awal sebelum berkahwin. Hal ini kerana, membeli rumah pada usia yang muda menunjukkan satu kejayaan bahawa individu tersebut bijak mengumpul wang dan mengawal aliran kewangan sendiri.
Wanita mana yang tidak mahu lelaki yang pandai menguruskan wang dan memiliki sebuah rumah sendiri dengan hasil titik peluh selama beberapa tahun. Lelaki beginilah yang menjadi lelaki idaman setiap wanita dan bukannya lelaki yang tahu melepak dan tidak berbuat apa-apa.
Apakah pandangan wanita terhadap lelaki yang dapat membeli rumah awal ?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 pandangan wanita terhadap lelaki yang membeli rumah awal. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.
1. Mereka ini dilihat sebagai pandai berjimat dan ada simpanan biasanya.
2. Mereka ini ada wawasan kewangan yang baik, jika hidup bersama mesti lebih baik.
3. Mereka tahu bezakan yang mana kehendak, yang mana keperluan.
4. Mereka ini biasanya pandai susun kewangan dan berwang.
5. Mereka tahu, orang yang suka beli rumah tak suka tambah ‘orang rumah’
6. Mereka tahu orang yang sabar menabung, akan sabar jaga hati mereka.
7. Mereka tahu, orang yang boleh kawal nafsu. Boleh kawal dunia.
Berikut adalah pandangan wanita terhadap lelaki yang membeli rumah awal. Wanita suka lelaki yang matang dan pandai mengawal aliran kewangannya kerana tugas seorang suami adalah membimbing isteri dan keluarganya ke jalan yang benar. Jika suami tidak pandai menguruskan kewangan bagaimana mahu menguruskan keluarga. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.