Perbankan Internet adalah produk perbankan canggih yang dihasilkan oleh Bank Islam yang membolehkan para pelanggan untuk melakukan urusan bank dari rumah tanpa perlu menjejakkan kaki ke mana-mana cawangan Bank Islam. Di antara urusan yang boleh dilakukan melalui online banking Bank Islam adalah seperti:

  • Transaksi kewangan
  • Menyemak baki
  • Pindahan wang
  • Menukar PIN kad ATM
  • Membeli tiket penerbangan

Semakan akaun bank secara online

Selain transaksi kewangan yang kami nyatakan di atas, anda juga boleh menyemak akaun bank anda dengan lebih lanjut dan secara terperinci menggunakan online banking Bank Islam. Di antara maklumat yang boleh anda semak secara online ialah:

  • Account summary
  • E-Statement
  • Cheque Management
  • Internet Banking Transaction History
  • Within Bank Islam To Own or Third Party Account
  • To Other Bank via IBG and Instant Transfer IBFT
  • Maintenance of Future Funds Transfer or Favourite Accounts
  • Make Payment
  • To Own Bank Islam Card-i
  • To Own Financing
  • Prepaid Reload
  • Open or Registered Bill
  • JomPAY Open or Registered Bill
  • Auto Debit
  • Bill Presentment
  • E-Sadaqah / Wakaf
  • Maintenance of Favourite Bill Payment or JomPAY

Syarat daftar online banking Bank Islam

Sumber: Thestar

Anda boleh mendaftar online banking Bank Islam melalui mesin ATM atau datang terus ke kaunter perkhidmatan pelanggan di cawangan Bank Islam terdekat. Namun begitu jika anda ingin membuka akaun perbankan internet Bank Islam, terlebih dahulu anda perlu memenuhi syarat-syarat yang berikut atau permohonan anda akan ditolak. Di antara syaratnya ialah:

  1. Memiliki kad debit atau kad ATM Bank Islam
  2. Memiliki nombor PIN untuk kad yang dimiliki
  3. Memiliki akaun bank jenis akaun individu atau perseorangan
  4. Berumur 18 tahun keatas

Cara daftar online banking Bank Islam

Setelah pasti bahawa semua syarat yang dinyatakan di atas telah dipenuhi, anda boleh mendaftar online banking Bank Islam dengan melakukan langkah-langkah yang berikut:

  1. Lawati laman web www.bankislam.biz
  2. Klik butang ‘First Time User’
  3. Daftar Internet Banking Bank Islam
  4. Pastikan anda membaca dan memahami term of service yang dinyatakan
  5. Tandakan tick [ √ ] I have read and understood the above Terms and Conditions
  6. Klik butang Continue
  7. Sila masukan 16 digit nombor kad ATM atau Kad Debit dan no PIN kad anda, kemudian klik butang Continue
  8. Sila masukan data yang diperlukan iaitu nama, nombor kad pengenalan, user ID, password, confirm password, email, nombor telefon bimbit, private word, pilih private image, pilih soalan dan jawapan.
  9. Klik butang Submit
  10. Maklumat yang telah anda masukkan tadi akan terpapar. Jika berpuas hati dengan semua maklumat dan bersetuju, sila klik butang Confirm
  11. Anda akan menerima SMS dari pihak Bank Islam yang menyatakan bahawa pendaftaran nombor telefon bimbit anda telah berjaya
  12. Cuba untuk login menggunakan username dan password tadi. Sekiranya berjaya, bermakna pendaftaran anda sudah berjaya. Sekiranya anda tidak berjaya untuk login, anda boleh hubungi customer service Bank Islam untuk mendapatkan bimbingan tentang langkah seterusnya yang perlu anda lakukan.

Ingin  kami ingatkan supaya anda menyalin atau mencetak maklumat akaun yang anda masukkan semasa pendaftaran untuk kegunaan dimasa hadapan.terutamanya maklumat penting seperti username ID, password, private word, private image, serta soalan dan jawapan. Untuk bahagian soalan dan jawapan pastikan anda menjawab dengan betul dan jujur supaya anda dapat menjawab semula dimasa hadapan. Sekiranya anda memberikan jawapan yang tidak tepat atau direka-rika, dikhuatiri anda akan terlupa jawapan tersebut apabila perlu menjawab semula soalan yang sama.

Cara Link kan kad ATM Bank Islam Ke Akaun Tabung Haji

Selain online banking, Bank Islam juga menyediakan perkhidmatan untuk menyambungkan atau link kad ATM anda ke akaun Tabung Haji. Dengan cara ini anda boleh memindahkan duit dari akaun Bank Islam ke akaun Tabung Haji dengan mudah. Caranya:

  1. Masukkan Kad ATM Bank Islam anda beserta Nombor Pin
  2. Pilih menu ‘Tabung Haji’
  3. Pilih menu ‘Daftar Akaun TH-Sendiri’
  4. Masukkan nombor kad pengenalan anda
  5. Masukkan Nombor akaun Tabung Haji anda
  6. Masukkan Nombor Siri Buku Tabung Haji anda

Semakan baki akaun Tabung Haji secara online banking Bank Islam

Selain menyambungkan akaun Tabung Haji dengan kad ATM Bank Islam anda, Bank Islam juga menyediakan perkhidmatan semakan baki akaun Tabung Haji secara online banking. Di antara urusan yang boleh anda lakukan ialah:

  • Semakan baki
  • Pengeluaran duit dari akaunTabung Haji
  • Deposit atau simpanan duit tunai di akaun Tabung Haji
  • Pindahan duit dari akaun Bank Islam ke Tabung Haji dan sebaliknya
  • Pindahan duit dari akaun tabung Haji anda ke akaun Tabung Haji orang lain
  • Mini penyata akaun Tabung Haji
  • Pendaftaran haji
  • Semakan pendaftaran haji
  • Semakan link kad ATM Bank Islam dan akaun Tabung Haji
  • Membatalkan link kad ATM Bank Islam dan akaun Tabung Haji
Sumber: Alyntomarcelo

Itulah dia info  tentang online banking Bank Islam yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang aplikasi DuitNow.

Rujukan:

  1. Cara Daftar Bank Islam Online. Cara Semak
  2. Cara-Cara Untuk Link Kad ATM Bank Anda Ke Akaun Tabung Haji. Aiman Abdullah
  3. Cara Link Tabung Haji dengan Bank Islam. Malaysia tercinta
Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.