Langkau ke kandungan
iLabur
Menu

Ketahui Cara Pengiraan Nisbah Pembayaran Dividen (Dividend Payout Ratio)

Nisbah pembayaran dividen atau dalam bahasa Inggerisnya, "Dividend Payout Ratio", merupakan nisbah jumlah dividen yang dibayar kepada pemegang saham…

Istilah & KonsepKemas kini terakhir: 23 April 2020oleh safwanrazali
Ilustrasi pengiraan nisbah pembayaran dividen antara dividen syarikat dan pemegang saham.

Ringkasan Kunci

  • Nisbah pembayaran dividen ialah nisbah dividen dibayar kepada pemegang saham berbanding pendapatan bersih syarikat.
  • Ia menunjukkan jumlah wang dikembalikan kepada pemegang saham berbanding jumlah dikekalkan untuk pertumbuhan syarikat.
  • Formula pengiraannya ialah Dividen tahunan per saham ÷ Pendapatan per saham (EPS) atau dividen ÷ pendapatan bersih.

Nisbah pembayaran dividen atau dalam bahasa Inggerisnya, “Dividend Payout Ratio”, merupakan nisbah jumlah dividen yang dibayar kepada pemegang saham berkaitan dengan pendapatan bersih syarikat. Nisbah ini merupakan peratusan pendapatan yang dibayar kepada pemegang-pemegang saham dalam bentuk dividen. Sementara jumlah yang tidak dibayar kepada pemegang-pemegang saham dikekalkan di dalam syarikat untuk membayar hutang atau untuk pelaburan semula dalam operasi utama syarikat. Nisbah pembayaran dividend ini juga biasanya dikenali sebagai nisbah pembayaran (payout ratio). Selain daripada itu, nisbah pembayaran dividen juga memberikan petunjuk tentang berapa banyak wang yang dikembalikan oleh syarikat kepada pemegang-pemegang saham berbanding berapa banyak wang yang dikekalkan oleh sesebuah syarikat untuk melabur dalam pertumbuhan syarikat, pembayaran hutang-hutang atau menambah rizab tunai, (mengekalkan perolehan).

Formula Pengiraan Nisbah Pembayaran Dividen

Nisbah pembayaran dividen boleh dikira sebagai dividen tahunan per saham dibahagikan dengan pendapatan per saham (Earnings per share / EPS), atau boleh juga dikira dengan dividen bahagi dengan pendapatan bersih seperti yang ditunjukkan di bawah ini; Nisbah pembayaran dividen = Dividen yang dibayar ÷ Pendapatan bersih, atau, Nisbah pembayaran dividen = Dividen tahunan per saham ÷ Pendapatan per saham (EPS).

Rujukan

Rujukan

Maklumat dalam artikel ini disediakan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pengguna digalakkan merujuk sumber asal untuk kepastian lanjut.