Tertanya-tanya negara Asia yang menawarkan pendapatan tertinggi?

Isu gaji bukan suatu perkara yang asing lagi. Isu tersebut sering dibincangkan di media sosial seperti Twitter dan Facebook. Masalah gaji yang tidak mencukupi merupakan antara yang kerap dibangkitkan.

Tidak salah jika anda ingin tahu tentang negara di Asia yang manakah yang menawarkan pendapatan tertinggi. Mana tahu anda terinspirasi untuk bekerja di negara-negara tersebut?

negara asia pasifik pendapatan tertinggi

Imej via iLabur

Untuk itu, berikut kami senaraikan 9 negara Asia yang menawarkan pendapatan tertinggi buat anda. Senarai ini tidak mengikut ranking, jadi teruskan membaca!

#1 Australia

Nama negara ini sendiri sudah cukup gah jika didengar. Bukan sahaja dari segi ekonominya, malah aspek pelancongan dan biodiversiti juga merupakan antara tarikan utama di negara ini.

Menurut statistik, purata pendapatan setakat suku kedua 2018 di Australia ialah $82,436 per tahun. Jika termasuk bonus yang ditawarkan, anggarannya ialah sekitar $85,982.

Anggaran untuk gaji pekerja lelaki per tahun (tidak termasuk upah kerja lebih masa) ialah $87,209 manakala wanita pula ialah $74,563.

#2 Singapura

Negara jiran kita iaitu Singapura juga merupakan antara negara yang menawarkan gaji tertinggi di Asia. Bukan suatu perkara yang menghairankan kerana negara ini merupakan negara membangun dan maju.

Tak perlu search tentang purata gajinya pun anda pasti sudah boleh mengagak yang gaji di negara ini memang tinggi. Sebab inilah kebanyakan rakyat kita memilih untuk mencari rezeki di negara tersebut.

Mengikut sumber, purata gaji di  Singapura per tahun ialah sebanyak $67,152. Anggaran gaji untuk sebulan ialah sekitar S$5,596.

#3 Korea Selatan

Korea Selatan – nama negara yang cukup maju dalam pelbagai aspek. Baik dari segi pelancongan, ekonomi, industri hiburan dan teknologi, negara ini boleh dikatakan sangat cemerlang dalam semua aspek tersebut.

Kebanyakan pelajar negara kita juga memilih untuk menyambung pelajaran di universiti di Korea Selatan. Sistem pendidikan yang merupakan antara yang paling cemerlang juga merupakan antara keistimewaan negara ini.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh National Tax Service pada tahun 2016, purata gaji yang ditawarkan per tahun ialah 37,810,000won, sekitar $32,670.05.

#4 Jepun

Selain Korea Selatan, negara Jepun juga merupakan antara negara yang sangat dipuji. Baik dari segi teknologi, industri hiburan, tarikan pelancongan dan sebagainya, semuanya memang terbaik.

Ini termasuk juga dengan peluang pekerjaan yang ditawarkan. Umum mengetahui yang negara Jepun amat menitikberatkan kualiti dan disiplin seseorang pekerja, jadi gaji yang ditawarkan juga agak lumayan.

Menurut sumber, purata gaji per tahun bagi pekerja di Jepun ialah ¥4.14 million, sekitar $37,686.42. Ianya merupakan statistik yang dijalankan antara September 2017 – Ogos 2018.

Untuk tambahan, pekerjaan sektor Information Technology (IT) merupakan antara pekerjaan yang mempunyai pendapatan tertinggi terutamanya di kalangan wanita.

#5 Hong Kong

Jika anda  ke Hong Kong, bangunan pencakar langit di situ pasti menarik perhatian anda, bukan? Bukan sahaja terkenal dengan tarikan pelancongan, malah peluang pekerjaan di sini juga sangat luas.

Gaji yang ditawarkan di negara ini memang agak lumayan. Menurut sumber, purata gaji pekerja di Hong Kong per bulan ialah 19100 HKD ($2430) bagi lelaki dan 14700 HKD ($1875) bagi wanita.

Perlu juga diingatkan yang kos sara hidup di Hong Kong agak tinggi. Jadi, sebelum merancang untuk berpindah dan bekerja di sini, persiapan awal seharusnya dilakukan dari segi kewangan anda.

#6 Arab Saudi

Seringkali kita lihat kebanyakan rakyat kita gemar bekerja di Arab Saudi dek kerana pendapatan yang lumayan yang ditawarkan. Pekerjaan yang menjadi pilihan selalunya ialah jururawat atau jurutera.

Jika anda tahu tentang purata gaji yang ditawarkan di Arab Saudi, kami yakin anda pasti akan memasang impian untuk bekerja di negara tersebut. Hal ini kerana gaji untuk kebanyakan sektor pekerjaan memang tinggi-tinggi belaka!

Mengikut statistik yang dikeluarkan pada tahun 2018, purata gaji yang ditawarkan di Arab Saudi ialah $8,560 per bulan. Purata setahun pula pasti menjangkau hampir $100,000!

#7 Qatar

Pernah ke Qatar? Sebaik sahaja kami sebut nama negara ini, pasti anda terbayangkan bangunan-bangunan tinggi yang terdapat di negara Timur Tengah ini, bukan? Tambahan pula, tarikan pelancongannya juga banyak.

Selain tarikan pelancongan yang menarik, peluang pekerjaan yang ditawarkan di negara maju ini juga ada banyak. Ada pelbagai sektor pekerjaan yang boleh diceburi, dan gaji yang ditawarkan juga sangat lumayan.

Menurut sumber, purata pendapatan di Qatar per bulan ialah QR13,00 ($3600). Sektor perbankan dan IT merupakan sektor pekerjaan yang menerima gaj tertinggi di Qatar.

#8 Emiriah Arab Bersatu

Tidak sahlah jika negara UAE atau Emiriah Arab Bersatu tidak termasuk dalam senarai negara Asia yang menerima gaji tertinggi. Kemajuan negara UAE memang tidak dapat disangkal lagi, jadi pendapatan pekerja di sana cukup lumayan.

Misalnya, di Abu Dhabi, purata pendapatan pekerja per ialah sekitar AED 118k ($32,200) . Manakala di Dubai , purata gaji di situ ialah Dh.16,775 ($4600).

#9 Kuwait

Satu lagi negara di Timur Tengah yang menawarkan gaji tertinggi ialah Kuwait. Negara ini merupakan antara negara OPEC yang menghasilkan 8% daripada sumber minyak yang diperlukan di dunia.

Gaji yang ditawarkan di Kuwait juga tinggi. Menurut sumber, jumlah pendapatan per tahun di Kuwait ialah sekitar KWD 20,988 ($69,200).

Kesimpulan

Semangat sudah mula berkobar-kobar untuk bekerja di negara Asia yang kami senaraikan ini? Tidak salah untuk mencuba, namun perancangan yang rapi harus anda fikirkan terlebih dahulu bagi memudahkan urusan anda.

Semoga artikel negara Asia yang menawarkan pendapatan tertinggi ini membantu anda untuk menambahkan pengetahuan berkaitan kerjaya. Jangan lupa kongsikan di media sosial dan juga kepada rakan-rakan!

Rujukan

1.  https://www.numbeo.com/cost-of-living/country_price_rankings?itemId=105

2. https://seasia.co/2017/10/27/countries-that-have-the-highest-paid-employees-in-asia-pacific

 

Copy

Penulis: hani

Menulis tentang tips kerjaya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.