Model Black-Scholes atau juga dikenali sebagai Model Black-Scholes-Merton merupakan satu model perbezaan harga dari masa ke semasa di dalam instrumen kewangan seperti saham yang sering digunakan untuk mengira harga opsyen jualan Eropah.

Model Black-Scholes mengandaikan bahawa harga aset yang banyak didagangkan menggunakan Gerakan Geometric Brownian atau Geometric Brownian Motion (GBM)” sentiasa beralun dan meruap (turun naik). Apabila digunakan kepada opsyen saham, model Black-Scholes menggabungkan perbezaan harga saham yang tetap, nilai wang atas waktu / “time value of money (TVM)”, harga sepakat untuk opsyen (Opsyen’s Strike Price), dan juga tempoh tamat opsyen.

Tambahan lagi, model Black-Scholes merupakan salah satu konsep yang amat pentin dalam teori kewangan moden. Ia diperkenalkan pada tahun 1973 oleh Fisher Black, Robert Merton dan Myron Scholes dan telah digunakan secara meluas pada hari ini. Model ini juga dianggap sebagai salah satu formula terbaik dalam menentukan harga opsyen.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.